Ketangkasan bekas SB Cina berkas 43 anggota komunis tanpa pertempuran

Kisah menarik seorang pegawai dari Unit Cawangan Khas (SB) PDRM iaitu Tuan Superitendan (B) Paul Kiong yang berjaya menangkap 43 orang anggota komunis hidup-hidup.

Ia bukan tugas mudah menjadi seorang anggota polis penyamar dengan pelbagai watak demi membanteras jenayah dan keganasan demi keselamatan negara.

Supritendan Paul Kiong adalah antara pegawai Cawangan Khas (SB) yang terhebat. Beliau merupakan seorang pegawai yang sangat cekap dalam tugasan penyamaran, sehingga tiada seorang anggota komunis yang menyedari akan penyamarannya di dalam tempoh lima tahun ketika era darurat di negara ini.

Antara tahun 1976 hingga 1986, beliau telah berjaya memberkas seramai 43 orang pengganas komunis ‘hidup-hidup’ tanpa melepaskan sebarang tembakan.

Semasa terlibat satu operasi lain, Paul Kiong telah menembak seramai lima pengganas komunis yang telah menyerang hendap pasukannya.

Penglibatan awal beliau bersama pasukan Polis Diraja Malaysia bermula apabila menyertai pasukan polis pada tahun 1967 sebagai Konstabel. Lapan tahun kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat Inspektor dan kemudian Assistant Supritendan.

Paul telah ditukarkan ke Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menjawat pangkat Deputy Supritendan pada tahun 1990 dan bersara pada 1998 dengan pangkat terakhir beliau sebagai Supritendan.

Beliau telah dianugerahkan darjah Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1983 dan Pingat Keberanian Handal Perak pada tahun 1988.

Sumber: Page FB Sejahtera Malaysiaku, Suatu Masa Dahulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: