Komuniti: Wanita PKN Petaling Jaya edar makanan kepada rumah anak-anak yatim
PETALING JAYA: Bulan Ramadhan menjadi kesempatan terbaik menjalankan ibadah sedekah seperti makanan kepada golongan memerlukan.
Wanita PKN Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Nor Hasliza Omar bersama ahli jawatankuasa NGO ini telah menyampaikan sumbangan makanan kepada penghuni rumah anak-anak yatim di Taman Medan, Petaling Jaya.
Program yang berlangsung pada 4 Mei lepas merupakan usahasama antara Wanita PKN Petaling Jaya dengan Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah di PJS 2C/11 Taman Medan.



Seramai 50 orang penerima sumbangan makanan terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Menurut Hasliza yang juga Pengerusi Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Zon 4 Lembah Subang, program ini adalah suatu bentuk kerjasama Wanita PKN Petaling Jaya dengan persatuan-persatuan kebajikan di sekitar Petaling Jaya bagi mendekati komuniti seiring Dasar Komuniti Negara. _PPI