PKN Port Dickson santuni asnaf, sumbang duit raya Aidilfitri

8 Mei 2021, PORT DICKSON: Menjelang beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri, Penggerak Komuniti Negara Port Dickson telah menyantuni golongan asnaf sekitar Port Dickson di Bandar Baru Sunggala, Kampung Telok Kemang, Kampung Sri Parit dan Halaqah Tahfiz & Kelas Mengaji Quran Fatimah Az-Zahrah, Linggi.

Sumbangan Bakul Aidilfitri Prihatin atas inisiatif Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida telah telah disampaikan oleh PKN Port Dickson. Pengerusinya, Rosman Jonet turut menyampaikan sumbangan kecil duit raya kepada asnaf-asnaf terlibat.

“Saya berharapan dengan sumbangan kecil ini dapat mengukir senyuman kegembiraan buat mereka menyambut Aidilfitri nanti.” kata Rosman semasa penyampaian sumbangan di Halaqah Tahfiz & Kelas Mengaji Quran Fatimah Az-Zahrah, Linggi.

Rosman turut menerangkan kepada ibubapa dan keluarga asnaf untuk fahami tujuan sebenar PKP, memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing.

“Memahami peranan adalah penting untuk membantu diri dan orang lain bagi membasmi penularan wabak Covid-19 yang sudah berada dalam komuniti kita. Amalkan norma baharu dan patuhi SOP untuk elakkan jangkitannya.” jelas beliau lagi. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: