Sedekad di Ampang: Cara Zuraida bikin institusi masyarakat aktif

10 Mei 2021, AMPANG: Genap 10 tahun YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memikul amanah tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Ampang.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan peranan-peranan sebagai wakil rakyat melibatkan urusan politik, ekonomi dan sosiologi kawasan Ampang dalam prestasi kerja jitu. Namun itulah yang telah berjaya dibuktikan oleh Zuraida.

Inilah kelebihan beliau, bermula daripada gerakan akar umbi dan kekal keupayaan tahap tertinggi menjalankan tugas walaupun wakil rakyat wanita. Gerakan yang sangat aktif, membuat Zuraida Kamaruddin adalah pesaing politik kental.

“Saya mahu berikan
kredit kepada kerajaan pembangkang dahulu yang berjaya memperkenalkan sistem pentadbiran bentuk baharu di Selangor.” kata Zuraida dalam satu temubual bersama BH.

“Mereka yang mentadbir dahulu datang dalam kalangan orang macam saya, asal dari akar umbi yang sudah sebati memberikan khidmat kepada akar umbi. Jadi, kita yang mentadbir sekarang pun amalkan prinsip sama.” tambah beliau lagi.

Sikap Zuraida Kamaruddin yang fokus kepada usaha-usaha khidmat masyarakat telah membikin institusi masyarakat dalam Parlimen Ampang seperti ahli majlis PBT dan ketua kampung berfungsi kepada komuniti. Penjawat-penjawat hasil lantikan politik dalam institusi tersebut berperanan terus kepada komuniti dan bukan sekadar wujud di atas kertas.

Beliau telah memastikan tiap lantikan politik ini (ahli majlis dan ketua kampung) mendekati masyarakat dan secara langsung membantu urustadbir institusi Parlimen Ampang mengurus dan menanggani keperluan rakyat di bawah.

“Apabila jadi wakil rakyat, saya pastikan semua lantikan politik seperti ahli majlis, ketua kampung, selalu turun padang. Sebelum ini masyarakat ramai yang tidak kenal ahli majlis mereka, ketua kampung mereka. Apabila peranan mereka lebih efektif, bukanlah nak puji saya ini bagus sangat tapi adalah perbezaannya dahulu dan sekarang.

“Masyarakat sudah
kenal, jadi mereka tahu
mana nak salur aduan dan sebagainya. Dengan itu mereka menjadi masyarakat berpengetahuan. Apabila berpengetahuan, mudahlah kita memperkasakan mereka, kita membudayakan mereka.”, jelas Zuraida kepada BH terhadap pembaharuan yang telah dibawa sejak 10 tahun lalu.

Anjakan politik yang dibawa oleh beliau memberi kesan positif kepada masyarakat setempat tanpa mengira latarbelakang. Semua orang di Ampang kenal dan tahu cara Zuraida bekerja, malah komuniti yang berada dalam institusi masjid dan surau turut memperakui inisiatif dijalankan oleh beliau.

“Walaupun PKP sebelum ini kita tidak dapat menjalankan aktiviti dan solat berjemaah bulan puasa, tetapi YB Zuraida dan YB Azmin tidak pernah lupa untuk menyalurkan peruntukan masjid-masjid di sekitar Dun Bukit Antarabangsa, moga sumbangan hari ini akan merancakkan kembali aktiviti dan mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan kali ini.” kata Haji Hassan Che Kob, nazir Masjid Jami’il Huda Kampung Melayu Ampang.

Cara bekerja Zuraida Kamaruddin diakui oleh masyarakat Ampang sebagai wakil rakyat yang turun padang dan rajin.

“Saya sudah 10 tahun jadi Ahli Parlimen Ampang. Struktur jentera sudah teratur dan tersusun. Mereka
tahu apa nak buat, jadi tidak susah sangat kalau berdepan sebarang isu atau permasalahan. Kalau isu-isu besar barulah saya sendiri selesaikannya. Setiap hujung minggu, saya turun kawasan. Saya lihat mereka (jentera) lebih peka dan faham.

Penyusunan kerangka jentera yang beliau terapkan di Ampang turut dibawa ke peringkat nasional melalui penubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN), sebuah NGO bermatlamat memperkasakan komuniti disamping membawa aspirasi kerajaan (Dasar Komuniti Negara & Dasar Kebersihan Negara) untuk disampaikan secara terus ke akar umbi.

“Begitu juga rakyat. Mereka sudah faham kerja-kerja wakil rakyat yang lebih kepada untuk melihat polisi, tengok perkara-perkara yang menaikkan imej kerajaan, imej rakyat. Jadi, tidak perlu nak tengok longkang banyak sangat. Kalau ada masalah, terus pergi MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), adu kepada bahagian atau jabatan berkaitan.” jelas Zuraida lagi. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: