Tindakan kejam Israel sasar wanita, kanak kanak – Zuraida

SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel ke atas rakyat Palestin, terutama apabila rejim itu sengaja mensasarkan golongan wanita dan kanak-kanak.

Presiden Comwel, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata keganasan Israel tersebut dibuktikan lagi dengan serangan demi serangan yang dilancarkan pada bulan Ramadan, ketika rakyat Palestin sedang bersiap-sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Presiden COMWEL, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin

“Tidak cukup dengan memukul kanak-kanak, penduduk wanita dan lelaki di Al-Aqsa, mereka mengebom pula rumah penduduk Palestin yang tidak bersalah – kononnya atas alasan ‘mempertahankan diri.’

“Adakah logik untuk penjajah seperti itu menuntut landasan moral sedangkan mereka sendiri mempraktikkan Apartheid dan pembunuhan beramai-ramai?” soalnya dalam kenyataan media.

Dalam pada itu, YB Zuraida turut mengajak rakyat Malaysia untuk memperingati semua saudara tertindas, sama ada di Al Aqsa, Palestin mahupun seluruh dunia dalam bulan Syawal yang mulia ini.

“Jangan pernah hentikan kecaman kita terhadap kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan Israel. Sama-sama kita jalankan tanggungjawab untuk membidas propaganda mereka,” tegasnya.

Serangan rejim Israel bermula pada 8 Mei lalu apabila 200 rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel di laman Masjid Al-Aqsa.

Sehingga hari ini, seramai 126 penduduk Palestin terbunuh termasuk 31 kanak-kanak, manakala lebih 920 cedera. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: