Luar Biasa Semangat Jihad Wanita Palestine

Oleh: YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, sumber Harakah Daily

Umum mengetahui konflik antara Zionist Israel dan Palestine telah berlangsung terlalu lama sehingga menyebabkan kematian ribuan nyawa.

Setiap kali isu Palestine dibicarakan di dalam media, ia merobek hati saya. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan rakyat Palestine pada ketika ini, terutamanya dari kalangan wanita dan kanak-kanak dalam menghadapi perkara ini.

Sungguhpun sentiasa dibuli oleh Israel, semangat juang rakyat Palestine tetap utuh, bukan sahaja lelaki-lelaki Palestine bangkit melawan, wanita dan kanak-kanak juga terus bersemangat menentang kekejaman Israel.

Pada tahun 2009, saya berkesempatan untuk menyertai satu misi bantuan oleh sebuah NGO ke Palestine. Di sana sempat saya bertemu dengan beberapa pemimpin wanita Palestine dan juga wanita dari kalangan orang awam. Para wanita dan gadis Palestine rata-rata mempunyai semangat, daya intelektual dan berpendidikan tinggi.

Seruan Intifada atau “kebangkitan” yang bermula pada awal 1980an sehingga era 2000 menunjukkan wanita dan kanak-kanak di Palestine turut terlibat secara langsung dalam perjuangan melawan keganasan rejim Zionist Israel.

Boleh dikatakan, sejak dari awal mula Intifada berlangsung, wanita merupakan tulang belakang pergerakan tersebut. Pemimpin-pemimpin wanita Palestin yang menjadi pencetus kepada demonstrasi, mogok pekerja dan memboikot barangan keluaran Israel, telah membuka mata dunia untuk bersama-sama menentang keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin.

Akibat daripada tindakan ini, ia memberikan tekanan kepada ekonomi Israel dan meletakkan negara haram itu dalam situasi sukar, yang mana masyarakat antarabangsa turut bersama mengecam tindakan regim Zionis tersebut.

Wanita Palestin juga bertanggungjawab menggerakkan ekonomi secara koperasi, menguruskan klinik-klinik kesihatan, sekolah dan membantu untuk menampung perjuangan bersenjata yang digerakkan oleh kaum lelaki Palestin.

Penglibatan wanita Palestin ini memberikan kesan yang cukup mendalam kerana setiap aspek pergerakan perjuangan ini diuruskan dengan baik oleh para wanita Palestin, yang begitu teliti dalam menguruskan sumber dan memainkan peranan sangat besar kepada penentangan terhadap kekejaman Israel.

Sehingga kini, sungguhpun rejim Zionis Israel dengan senjata yang canggih dan menerima sokongan daripada negara-negara barat, mereka tetap gagal untuk menguasai keseluruhan tanah Palestin. Ini adalah bukti bahawa walaupun berhadapan dengan cabaran yang begitu besar, Palestin masih lagi berpeluang untuk mengecapi kemenangan.

Sejak dari dahulu sehingga kini, Kerajaan Malaysia tetap berpegang dengan prinsip untuk terus menyokong Kerajaan Palestin dan rakyatnya. Sungguhpun kita belum lagi mampu untuk membantu dari aspek ketenteraan, bantuan kemanusiaan dan sokongan dari segi peningkatan ekonomi tetap diberikan kepada Palestin.

Sokongan ini akan terus diberikan, selagi mana Palestin belum mencapai kemenangan dan rejim Zionis Israel tidak lenyap dari muka bumi ini. Saya menyeru agar rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada seluruh rakyat Palestin. Teruskan berdoa, agar mereka selamat dan Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada mereka.

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
Ahli Parlimen Ampang
Presiden COMWEL Malaysia – HARAKAHDAILY 16/5/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: