Sedekad di Ampang: Zuraida mendepani isu masyarakat setempat

Sebelum Zuraida Kamaruddin menjadi wakil rakyat di Ampang, kawasan parlimen ini sekadar menjadi lokasi ‘happening’ ekonomi dan bukanlah ‘hot-spot’ politik nasional. Melainkan peristiwa perletakan jawatan Dr Lim Ann Koon pada penghujung tahun 1988 sebagai MP Ampang Jaya.

PRK Ampang Jaya berlaku pada awal Januari 1989 menjadi tumpuan hangat politik waktu itu, Ampang Jaya menjadi medan pertembungan Umno Baru dan Semangat 46 sebagai penentuan ‘pasaran politik’ kedua-dua parti ini. Calon MCA-BN, Ong Tee Kiat memenangi PRK tersebut dengan majoriti 4,247 undi walaupun Dr Lim Ann Koon memenangi majoriti 30,000 undi pada PRU tahun 1986 sebelum itu.

Zaman beredar, pesaka bergilir telah membawa era baru di Ampang apabila Zuraida Kamaruddin memenangi kali pertama PRU-12 tahun 2008. Ampang yang asalnya kawasan parlimen luar tumpuan politik kembali menjadi ‘hot-spot’ apabila Zuraida memenanginya.

Zuraida dalam satu wawancara khas bersama BH menceritakan usaha-usaha awal mendepani beberapa isu masyarakat setempat setelah memikul amanah wakil rakyat Ampang.

Penubuhan Pusat Dialisis Kampung Melayu Ampang adalah antara usaha awal yang dilaksanakan oleh beliau setelah bergelar MP Ampang.

“Semasa mula-mula jadi
ahli Parlimen, saya bina pusat
dialisis di Kampung Melayu
Ampang. Saya kasihan tengok anak-anak yang terpaksa bawa ibu bapa ke hospital kerajaan yang terletak jauh. Mereka kena tunggu sehari suntuk. Ada yang terpaksa
ambil cuti, hilang pendapatan hari itu.” kata Zuraida mengimbas kenangan awal itu.

Memahami keadaan yang rumit dihadapi penduduk-penduduk terlibat, beliau telah mendapatkan
sebuah dewan dan mendirikan
kemudahan ini untuk
penduduk kampung dan
sekitarnya. Pusat Dialisis Kampung Melayu Ampang masih lagi beroperasi dan terus memberi khidmat kepada masyarakat Ampang.

Satu lagi kejayaan awal yang berjaya melalui hasil usaha beliau adalah melanjutkan tempoh pajakan tanah Kampung Sungai Puteh kepada 99 tahun. Ketika itu Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim adalah Menteri Besar
Selangor (2008-2013). Zuraida telah menyelesaikan masalah pembahagian tanah di kampung tersebut.

Isu tanah dan petempatan ini cukup sensitif yang menjadi ‘isu panas politik’ jangka panjang. Ia memberi kesan mendalam kepada masyarakat yang berhadapan isu berkaitan kerana kegagalan pemerintah BN menyelesaikan isu. Namun Zuraida mempunyai iltizam dan keberanian untuk mendepani isu-isu tertunggak ini, serta berjaya menyelesaikannya.

Kampung Berembang pernah menggemparkan seketika politik negara sebelum tahun 2008 dulu. Peristiwa penduduk-penduduk setinggan Kampung Berembang di
Jalan Ampang yang dihalau oleh
kerajaan negeri waktu itu. Sebanyak
60 keluarga tidak mahu meninggalkan petempatan yang dirobohkan.

“Semasa masih menjadi
pembangkang, kita
memperjuangkan kes
penduduk setinggan
Kampung Berembang di
Jalan Ampang, mereka tinggal di rumah yang dibina sendiri, macam
reban ayam, selepas rumah
asal mereka dirobohkan.

“Kami memperjuangkan kes mereka dan bila menang di mahkamah, setiap keluarga dapat sebuah rumah secara percuma.” cerita Zuraida mengenai isu Kampung Berembang.

Sehingga kini, Zuraida Kamaruddin masih gigih menjalankan khidmat masyarakat di Ampang walaupun sudah menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak tahun 2018 sehingga berlaku perubahan kerajaan pada awal tahun 2020 lalu.

Khidmat beliau tidak pernah dilupai oleh masyarakat tempatan sejak sedekad memikul amanah wakil rakyat di Ampang. Kebiasaan situasi orang politik setelah lebih dua penggal menjadi wakil rakyat, khidmat dan sentuhan kepada masyarakat akan pudar serta sudah nampak perbezaan prestasi.

Ia tidak berlaku kepada Zuraida. Jangan hairan jika pesaing-pesaing politik khusus pembangkang gigih ‘merosakkan’ karisma beliau. Khidmat beliau itu menembusi dan melangkaui sempadan politik. Semua ras kaum di Ampang menerima sumbangan khidmat Zuraida dan tidak terpilih secara eksklusif terhadap sesuatu golongan atau bangsa.

Zuraida jelas berpandangan bahawa Malaysia yang makmur adalah negara yang dikelola oleh pemimpin bersifat prihatin kepada seluruh warga tanpa batasan dan pengasingan kaum. Wajah baru politik Malaysia wajar memperlihatkan keharmonian sebenar, bukan retorika didalam penulisan atau ucapan. Semua pemimpin adalah pemimpin untuk semua bangsa. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: