DAP hanya multiracial luaran, polirasi kaum ketara di dalam

oleh Shazlee Muhamad Nazlee, 17 Mei 2021

Liew Chin Tong dalam kenyataan balas terhadap pandangan Zuraida Kamaruddin yang membangkitkan isu DAP mahu menjadi ‘big-brother’ politik kepada kaum Cina, berkata ‘perjuangan untuk semua kaum adalah prinsip perjuangan DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966.’

Memang benar secara dasar dan luaran organisasi DAP berdaftar sebagai pertubuhan politik pelbagai kaum. Namun ia bukanlah rahsia sangat untuk menutup suasana polarasi kaum yang ketara dalam parti itu.

Jika DAP jujur memperjuangkan kepentingan semua kaum, mengapa selepas ‘penjajaran politik’ 1972 parti ini hanya bertumpu di kawasan dominan Cina dan bertanding pilihanraya hanya di parlimen atau dun majoriti Cina?

Mengapa DAP tidak meletakkan calon di Parlimen Tampin atau Gua Musang sekiranya berupaya memperjuangkan hak pemilih majoriti di kawasan ini?

Kenapa DAP sinonim dengan berkubu di kawasan-kawasan bandar semata-mata seperti di Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru, Ipoh dan Georgetown?

Benarkah mereka sangat multiracial sedangkan sejak sekian lama kita melihat majoriti wakil rakyat DAP terdiri daripada dominasi ahli Cina dan sebahagian India? Mana ahli-ahli kaum lain yang diangkat sebagai calon secara seimbang mengikut komposisi kaum di negara ini?

Jawapannya mudah, kerana DAP menumpukan sokongan daripada masyarakat Cina. Mereka sebenarnya gagal menambat hati masyarakat Melayu bukan kerana orang Melayu bersikap racist atau tebal ketuanan Melayu. Ia kerana pemuka-pemuka DAP terlalu ‘Chinese Centric’ sebagaimana MCA dan Gerakan.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia juga melalui ‘kepincangan’ memperkasakan semangat Bangsa Malaysia dek kerana ‘Chinese Centric’. Walhal tokoh akademik Naquib Al-Attas antara pengasas parti multiracial ini.

DAP sejak era 1960an sehingga Tsunami Politik 8 Mac 2008, telah dibayangi politik ‘polarasi kaum’ kerana mahu menjadi pesaing kental Umno-BN. Mereka gagal membina gelombang politik multiracial gaya Malaysia untuk melawan politik ketuanan Umno. Otak mereka sejak sekian lama sudah terpasak bahawa tiap hal berkaitan isu warisan, kebudayaan, sosio-politik Melayu adalah acuan ketuanan Umno. Ini perspektif salah yang masih wujud di kalangan pentaksub socialisme DAP. Sehingga kini masih ada wakil-wakil rakyat DAP gagal bercakap fasih Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara ini.

Mereka masih gagal mempunyai pemimpin yang fasih berbahasa Melayu seperti Presiden Singapura, Lee Hsien Loong. Malah kepetahan Hsien Loong menyebut perkataan-perkataan Melayu lama yang tidak lagi biasa dituturkan di Malaysia. Itu sangat menarik perhatian masyarakat Melayu.

DAP mahu membawa konsep Malaysia Malaysian, tetapi asas budaya mana yang mahu digagaskan sebagai teras konsep ini?

Itu logika pandangan Zuraida Kamaruddin bahawa kecenderungan DAP untuk menjadi ‘big brother’ politik kaum Cina.

PKR, Warisan Sabah, PBS adalah antara parti multiracial yang paling berjaya sebenarnya, bukan DAP.

Kita boleh lihat sendiri dalam PKR, PBS dan Warisan Sabah polarasi kaum itu tidak ketara, masih wujud keseimbangan tiap kaum yang ada di negara ini.

Cuba tanya DAP di Sabah dan Sarawak, kenapa mereka hanya meletakkan calon di kawasan bandar dan masih takut untuk bertanding di luar bandar yang didiami oleh kaum majoriti?

Itu bukti paling jelas DAP masih mengamalkan polarasi kaum dengan mengutamakan ‘Chinese Centric’ walhal masyarakat Sabah dan Sarawak sangat terbuka kepada kerencaman budaya dan sosio-politik pelbagai kaum.

DAP sebenarnya adalah talam bermuka-muka. Jangan kata atau memberi alasan bahawa DAP Sabah dan Sarawak tidak sama dengan DAP Semenanjung Malaysia. Hiporkrasi politik DAP itu terpampang di Sabah dan Sarawak.

Selagi organisasi kepimpinan DAP masih dikuasai 80 peratus ahli Cina dan 15 peratus ahli India manakala Bumiputera sekadar melengkapkan baki kouta, jangan mudah percaya bahawa DAP memperjuangkan untuk semua kaum. Ini sandiwara politik nyata!

Dr. Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee adalah Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: