Ahli MPT Bersatu bidas kritikan kurang ajar Exco DAP Selangor

18 Mei 2021, MARANG: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, YB Senator Datuk Razali Idris hari ini dalam satu kenyataan media membidas kritikan EXCO kerajaan negeri Selangor dari DAP, YB Teng Chang Kim.

“Tindakan pemimpin DAP yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang yang mengkritik YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, adalah satu perbuatan biadab dan tidak patriotik.” kata Razali.

“Kritikan kurang ajar YB Teng Chang Khim yang juga seorang EXCO kerajaan Selangor tidak melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang EXCO, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.” tegas Razali lagi.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Terengganu turut mendesak Teng Chang Khim memohon maaf kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau.

Beliau mempersoalkan adakah tindakan YB Teng Chang Khim ini sebagai ejen provokasi kerajaan Israel yang mencuba memanipulasikan keadaan semasa termasuk mengkritik kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Adakah tindakan pemimpin DAP dan parti DAP mempunyai kaitan langsung dengan arahan negara haram Israel bagi menganggu-gugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara seperti Malaysia yang menyokong kuat kepada perjuangan dan kemanusiaan rakyat Palestin ?

“Saya pohon kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP yang mungkin menjadi boneka kepada negara haram Israel.” gesa Razali.

Razali mengulangi pendirian tegas bagi parti BERSATU supaya jangan ada pihak-pihak tertentu yang mencuba menganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menurut beliau lagi pendirian negara Malaysia terhadap Palestin tidak ada kena mengena langsung dengan pandemik COVID-19 kerana ia adalah dua isu yang sangat berbeza. Isu yang berlaku di bumi Palestin bukannya diminta tetapi akibat kerakusan dan kekejaman Israel yang dirancang dan berulang-ulang. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: