EPL: Saingan sengit empat pasukan merebut kedudukan liga

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020-21 bakal menutup saingan dengan perlawanan terakhir pada hujung minggu ini (23 Mei 2021).

Selepas kesemua 20 pasukan melalui perlawanan ke-37 liga, persaingan kedudukan antara empat pasukan iaitu Manchester United, Leicester City, Chelsea dan Liverpool begitu sengit. Manchester City sudah pun dijulang sebagai juara EPL musim ini.

Dua perlawanan terdahulu (perlawanan 36 & 37) menyaksikan kebangkitan Liverpool daripada kedudukan ketujuh liga menokok kepada kedudukan keempat liga dengan 66 mata, manakala kegagalan Leicester City dan Chelsea tidak mencapai mata penuh dalam dua perlawanan terdahulu turut mengubah kedudukan masing-masing.

Liverpool yang menghadapi prestasi merundum selepas perlawanan ke-20 dan kekal statik beberapa perlawanan selepas itu tidak diberikan keyakinan untuk bangkit memperbaiki kedudukan. Malah ada segelintir penyokong kelab ini yang putus harapan menganggap Liverpool tidak mampu menduduki kedudukan elit.

Namun jangkaan itu meleset, Liverpool kembali membaiki prestasi. The Reds meletakkan diri dalam saingan sengit dengan Chelsea dan Leicester untuk merebut kedudukan ketiga.

Manchester United boleh dianggap selamat menduduki tangga kedua. Red Devil’s bernasib baik kerana seri pada perlawanan ke-37 dengan Fulham. Saingan sengit diberikan oleh Fulham yang bergelut mengejar tiga mata penuh walaupun tidak berupaya keluar daripada zon penyingkiran. Jika Red Devils tewas pada perlawanan itu, sudah pasti kedudukan tangga kedua bakal diancam oleh Chelsea.

Kedudukan tangga ketiga EPL terbuka disaingi antara Chelsea (67 mata), Liverpool (66) dan Leicester City (66). Ini yang cukup menarik untuk aksi terakhir liga.

Jika Chelsea menang dan meraih 70 mata, kedudukan ketiga liga sahih dimiliki. Namun jika seri, Chelsea perlu mengharapkan Liverpool dan Leicester seri atau kalah. Kekalahan perlawanan akhir akan membawa petaka kepada Chelsea dan mungkin akan tergelincir ke tangga keempat atau kelima liga sekiranya pesaing-pesaing terdekat menang atau seri. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: