Sumbangan RM1 juta solidariti kepada Palestin – Zuraida

20 Mei 2021, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada Palestin.

Sumbangan ini adalah tanda solidariti rakyat Malaysia kepada masyarakat Palestin.

“Sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia, saya mewakili Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) menyumbang RM1 juta (USD 250,000) khususnya kepada wanita dan kanak-kanak di Palestin,” kata Zuraida semasa sesi IG Live ‘Women of The World With Palestine’ malam tadi.

Menurut Zuraida lagi yang juga Penaung PKN, sumbangan ini adalah inisiatif NGO tersebut.

Zuraida dalam ucaptama program itu menggesa kekejaman Israel harus dihentikan. Isu Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

“Siri keganasan terbaru ini sangat memilukan bagi saya dan saya yakin ia juga pasti menyentuh hati seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan kedamaian serta keharmonian.

“Nilai-nilai kemanusiaan seperti kasih sayang, toleransi, bertimbang rasa, hormat-menghormati, dan kerjasama perlu sentiasa diterapkan dalam diri insan bagi mewujudkan dunia yang lebih aman dan harmoni,” katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam khususnya di Malaysia bersama-sama bermunajat untuk kesejahteraan umat Islam Palestin dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai tanda solidariti kepada Palestin. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: