Teori Kamal Hatta: Politik Mental Koyak di Selangor

Sandiwara politik!
Itu perkataan sesuai yang wa nampak semalam antara Dr Dzulkefly Kuala Selangor dengan Amirudin MB. Kau orang tengoklah kejadian semalam (19 Mei 2021) selang beberapa jam selepas pc Dr Dzulkefly dengan Dr Mariah Mahmud, Amirudin bergegas buat pc lain untuk counter-back kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr Dzulkefly.

Siapalah penasihat mereka berdua ni? Minggu lepas lagi wa dah up isu Task Force Covid-19 Selangor gagal. Nampaknya kegagalan dan kedua-dua sudah tahap koyak mental.

Dr Dzulkefly asyik ulang-ulang mendakwa tidak mendapat maklumat dan data-data terkini daripada KKM. Ini tahap lawak yang mampu mengalahkan Maharaja Lawak Astro oooo. Dia ni tak join apps telegram KKM ke?

Dalam telegram CPRC Ministry of Health Malaysia terpampang maklumat lengkap harian Covid-19 seluruh negara. Wa harap Dr Dzulkefly jangan bangang. Kau ni dah rabak sangat bai! Kalau dia gigih nak persalahkan KKM dan kerajaan Persekutuan, wa tengok negeri PH lain (P.Pinang & N.Sembilan) elok je ada update harian. Jangan bangang Dr Dzulkefly, rakyat sudah perasan lu main politik bangang.

Kau buat PC dan berhamburan bercerabih pasal statistik, rakyat bosan siut! Kepala bana statistik apa yang kau nak buktikan?! Sudah lima bulan task force ni gagal! Angka kes positif harian Covid-19 Selangor tak reda, kekal tertinggi dengan angka melebihi aras seribu kes! #janganbangang

Wa tengok sana sini kat Selangor buat swob test, tapi kenapa tak surut-surut jangkitan?

Task Force Covid-19 Selangor ni ‘lubuk gaji buta’ ke?

Rakyat Selangor mengharapkan suatu langkah strategik dan bijaksana, Dr Dzulkefly kata Selangor tak perlukan ‘total lockdown’ tapi Amirudin kata akan serah kepada MKN untuk cadangan PKP. Kau orang nampak kecelaruan peringkat kerajaan negeri. Sama-sama saling membantai untuk cover kegagalan.

Wa anggap Dr Dzulkefly dan task force ni adalah biawak hidup yang terpaksa didukung oleh Amirudin. Habislah badan lu kena cakar Amir!

Tapi semalam punya hal, PH Selangor sudah koyak rabak! Kau orang jangan lupa, semasa PH berkerajaan dulu Dr Dzulkefly lah yang menjadi menteri kesihatan. Covid 19 merebak di Malaysia kerana lembabnya menteri kesihatan PH nak bertindak tutup pintu sempadan walaupun WHO dah beri amaran awal penularan wabak dari China. Tetapi masa itu kerajaan PH masih membenarkan kemasukan warganegara China ke negara. Jadi salah siapa bai?

Kamal Hatta adalah aktivis dan Reformis 98, tulisan ini adalah pandangan dan kritikan isu politik semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: