Lagi kes positif Covid-19 PPR Lembah Subang, Bomba PJ laksana operasi sanitasi kediaman

Sekali lagi kerjasama antara PeKT Petaling Jaya dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petaling Jaya berlangsung melalui operasi sanitasi kediaman di PPR Lembah Subang 1.

Operasi sanitasi di kediaman-kediaman yang berlaku kes positif Covid 19 telah berlangsung pada 19 Mei 2021 lepas.

Melalui inisiatif yang digerakkan oleh PeKT Petaling Jaya, Nor Hasliza Omar operasi tersebut dijalankan oleh pasukan khas Bomba yang telah diketuai oleh PBK 11 KUP Suhaimi Omar bermula jam 11:30 pagi.

Turut serta dalam operasi adalah Ketua Balai Bomba Petaling Jaya, Mohd Hafiz Mat Dali dan wakil penduduk iaitu Pengerusi Persatuan Penduduk Blok ABC Lembah Subang, Aziz Hashim.

“Operasi sanitasi kediaman ini dijalankan kerana beberapa penghuni di Blok F disahkan positif dan mempunyai beberapa ‘contact’ rapat di Blok C.” jelas Nor Hasliza.

Relevan kewujudan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) ini telah melancarkan urusan komuniti melibatkan agensi-agensi kerajaan, khusus berkaitan isu keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

“Usahasama yang dijalankan membuktikan peranan memperkasakan komuniti melalui PeKT berkesan, bantuan dan khidmat khas begini akan mudah dijalankan dan secara langsung melibatkan masyarakat sama-sama memutuskan rantaian wabak Covid-19.” kata Nor Hasliza Omar merangkap Naib Pengerusi PKN Petaling Jaya. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: