Zuraida pembina kekuatan akar umbi?

oleh Teropong Undi

Zuraida Kamaruddin adalah politikus yang membina rangkaian akar umbi. Secara ilmiah, kerangka politik demokrasi melibatkan persoalan angka. Lebih banyak angka sokongan, ia akan membentuk ‘suara’ dan ‘kuasa’ kepada pemain-pemain politik.

Sebagaimana yang diketahui umum setelah Zuraida keluar meninggalkan PKR, beliau tidak menunggu lama untuk memperkuatkan sokongan akar umbi melalui penubuhan NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) di seluruh Malaysia. Gerakan ini agak menggusarkan beberapa pihak politik kerana NGO ini membina rangkaian setiap kawasan parlimen di seluruh negara.

PKN menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan yang tersusun dengan kekuatan keahlian berdaftar seramai 200 ribu ahli seluruh Malaysia. Namun begitu, matlamat utama PKN adalah memperkasakan komuniti berlandaskan Dasar Komuniti Negara dan menyokong kerajaan dalam usaha-usaha penyampaian informasi serta pelbagai inisiatif pemerintah kepada akar umbi.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk membina dan mengumpul sejumlah ahli yang ramai begitu. Keahlian 200 ribu ahli itu sudah cukup besar untuk dianjak menjadi sebuah pertubuhan politik. Jangan lupa sejarah PKR dulu pada tahun 1998, sejumlah 150 ribu ahli berdaftar yang menjadi gerakan massa waktu itu. Kebetulan PKR semasa itu juga di-sinonim-kan dengan akronim PKN (Parti Keadilan Nasional).

Kewujudan PKN yang dinaungi oleh Zuraida Kamaruddin ini juga adalah isyarat politik kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa Zuraida dan Azmin masih ada sokongan besar yang relevan seluruh negara.

Zuraida tidak berhenti setakat itu, beliau kemudiannya membentuk Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (COMWEL) yang dirasmikan pada 8 Mac lalu.

COMWEL adalah sebuah landasan politik yang menyediakan ruang lebih luas untuk penglibatan wanita dalam politik, ekonomi dan sosio-budaya secara aktif.

Penglibatan wakil-wakil rakyat wanita daripada pelbagai parti dalam COMWEL ini adalah kesinambungan perjuangan Zuraida yang mahu membawa keterlibatan wanita dalam hal-hal membuat dasar-dasar pemerintahan.

Beliau berulang kali menyatakan keterlibatan itu bukan untuk menyaingi lelaki tetapi ia adalah platfom melibatkan wanita dalam lapisan pembuat dasar dan keputusan penting. Keperluan ini wajar kerana golongan wanita juga adalah penyumbang kepada pembangunan negara.

Zuraida dilihat mahu memperkasakan peranan dan sumbangan wanita lebih meluas dalam bidang teknologi, perniagaan, sektor pembuatan dan sumber manusia.

Kesungguhan COMWEL mendepani beberapa isu penting negara khusus melibatkan wanita dilihat melalui penekanan 30 peratus kouta untuk wanita dilibatkan sebagai calon pilihanraya. Itu yang awal diutarakan oleh Zuraida semasa perasmian penubuhan COMWEL dengan cadangan kuota 67 kerusi khusus calon wanita bagi parlimen pada PRU-15 akan datang.

Gagasan COMWEL turut melibatkan aspek isu wanita awam yang menggesa siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan jenaka rogol yang melibatkan seorang guru lelaki semasa di kelas sebagaimana yang didedahkan oleh seorang pelajar wanita.

Pencerobohan Israel di Masjidil Al-Aqsa dan serangan bom ke atas Gaza turut menjadi perhatian COMWEL.

Zuraida dilihat pantas meletakkan diri melalui COMWEL mendepani isu pembelaan rakyat Palestin khususnya wanita dan kanak-kanak yang menjadi sasaran mudah Israel.

Sejumlah sumbangan bernilai RM1 juta telah diumumkan oleh Zuraida sebagai tanda solidariti rakyat negara ini kepada Palestin.

Sokongan Zuraida kepada perjuangan Palestin sebenarnya telah bermula pada tahun 2009 lagi, malah sebelum menjadi wakil rakyat beliau pernah terlibat dalam beberapa misi keamanan di Afghanistan dan Timur Tengah.

Sebenarnya ‘kehilangan’ Zuraida Kamaruddin daripada PKR adalah suatu kerugian besar buat Anwar Ibrahim dan parti itu. Memang benar bukan beliau semata-mata PKR menjadi progresif, tetapi sebahagian usaha Zuraida menggerakkan sayap wanita PKR dahulu banyak memberi tambah nilai organisasi.

Lihat sendiri di Ampang, PKR Ampang boleh ditakrifkan sebagai lemau dan tepu kerana ketiadaan ‘tokoh’ atau ‘figura’. Hampir keseluruhan pimpinan utama PKR Ampang keluar mengikuti jejak Zuraida.

Maka tidak hairan jika Anwar Ibrahim terpaksa membawa masuk pelawak dan pelakon komedi untuk diprojekkan sebagai calon PRU-15 bagi melawan Zuraida.

Namun, pelawak dan pelakon komedi itu harus sedar bahawa suasana politik di Ampang tidak sama 100 peratus seperti filem mereka ‘Baik Punya Cilok’.

Ini kelebihan Zuraida Kamaruddin yang cekap membina akar umbi. Satu lagi kelebihan sikap Zuraida, cukup pantang jika ada orang menceritakan keburukan orang lain di depan beliau. Beliau lebih fokus pelaksanaan kerja dan tugasan, bukan melayan remeh temeh yang melambatkan gerak kerja.

PKN dan COMWEL umpama tangan kiri dan kanan Zuraida Kamaruddin untuk memacu gerakan politik massa. Ini bukan tahap acah-acah sebagaimana Anwar Ibrahim yang suka bermain angka khayalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: