Antara Kemalangan & Bencana: ketangkasan anggota bomba mendepani operasi menyelamat

Peranan dan tugas anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan setakat menyelamatkan nyawa manusia tetapi turut melibatkan nyawa haiwan dan harta benda.

Sepanjang tempoh PKP ini, bomba turut bertumpu kepada operasi sanitasi kediaman dan lokasi-lokasi tumpuan dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Ini dua peristiwa yang berlaku pada 20 dan 24 Mei menjadi gambaran tanggungjawab hakiki bomba menjadi ‘frontliner’ mendepani usaha menyelamatkan nyawa dan harta.

Lori khinzir terbabas

Menurut laporan berita Sinar Harian, lori lapan tan yang membawa muatan khinzir terbabas di bahu jalan di Kilometer (KM) 413 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan pada Khamis (20 Mei 2021).

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa menerusi satu kenyataan melaporkan mangsa merupakan seorang lelaki berumur 29 tahun mengalami cedera ringan dan selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Semua muatan khinzir terlepas di bahu jalan dan pihak bomba bertindak memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

LRT bertembung di Stesen KLCC

Malam tadi, sekali lagi ketangkasan anggota bomba diuji dalam operasi menyelamat penumpang-penumpang LRT laluan Kelana Jaya di Stesen KLCC.

Ini kemalangan LRT bertembung pertama yang berlaku yang melibatkan kecederaan parah 47 penumpang. Manakala 166 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pihak bomba dengan kerjasama pasukan penyelamat Prasarana, medik dan PDRM telah mengeluarkan penumpang-penumpang LRT terlibat yang kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: