Zuraida hargai sumbangan Mendiang Teo Chiang Quan kepada komuniti

25 Mei 2021, PUTRAJAYA: Sektor pembangunan hartanah negara hari ini telah kehilangan seorang ikon, Datuk Teo Chiang Quan, Pengerusi Paramount Coporation Berhad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin menyampaikan rasa berduka dan takziah kepada keluarga mendiang dalam kenyataan rasmi beliau hari ini.

“Di sebalik kejayaannya, beliau tidak lupa untuk memberi sumbangan besar kepada komuniti. Banyak rumah PPR yang telah dibaiki dan dinaiktaraf oleh Paramount Corp melalui Program Sayangi Rumahku, selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang diperkenalkan KPKT.” kata Zuraida.

“Salam takziah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada keluarga, kenalan rapat beliau dan seluruh pekerja Paramount Corp.”

Datuk Teo Chiang Quan berusia 72 tahun meninggal dunia kerana komplikasi akibat penyakit pada jam 6:38 pagi ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: