“Sumbangan sebagai kepedulian kita untuk Palestin-Zuraida

28 Mei 2021, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan rasmi hari ini telah menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang kepada Tabung Rayuan Palestin sebagai tanda kepedulian, keprihatinan dan solidariti untuk Palestin.

“Hari ini saya bersama beberapa jabatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara Malaysia dan COMWEL berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menunjukkan solidariti kita semua bersama rakyat Palestin.” kata beliau.

Datuk Hajah Zuraida turut percaya seluruh rakyat Malaysia berkongsi perasaan dan jiwa yang sama dalam isu Palestin. Menurut beliau lagi perasaan yang bercampur baur antara rasa marah, geram, sedih dan bersimpati ini menunjukkan bahawa warganegara Malaysia sangat perihatin setiap kesengsaraan manusia lain di negara lain.

Semasa video ucapan sempena pelancaran Tabung Rayuan Palestin peringkat KPKT, beliau mengimbas penglibatan serius membantu rakyat Palestin sejak tahun 2010 lagi.

“Secara peribadi, saya sendiri telah mengunjungi beberapa buah negara bagi misi kemanusiaan pertubuhan bukan kerajaan sebelum ini. Palestin telah saya kunjungi semasa bulan Ramadan 2010 lalu dan saya dapat melihat sendiri betapa negara tersebut giat dibangunkan oleh rakyatnya kesan konflik berdarah yang melanda sebelum ini.”

“Betapa remuk hati kita semua apabila turut menjadi mangsa adalah warga emas, wanita dan kanak-kanak.

“Saya percaya siri keganasan terbaru terhadap rakyat Palestin ini turut mengecewakan semua pencinta keamanan dan keharmonian tanpa mengira kaum dan agama masing-masing.

Menurut Zuraida lagi, kesemua sumbangan ini akan diserahkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang dipercayai dapat menyampaikan sumbangan ini dengan amanah dan terus kepada rakyat Palestin.

“Saya menyeru agar kita semua sebagai rakyat Malaysia dapat bersama-sama menyumbang kepada Tabung Rayuan Palestin ini sebagai tanda kepedulian, keprihatinan dan solidariti kita untuk Palestin.” seru Zuraida di akhir kenyataan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: