Iswardy Morni, suspek hina Agong ditahan polis

PENGERUSI Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman Youtube yang disiarkan secara langsung dan didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, l-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar telah mengesahkan Iswardy ditahan dirumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam ini.

“Kes ini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan permohonan reman akan dilakukan esok, “ katanya sambil menambah, kes ini disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Iswardy telah memuat naik video yang dirakam secara langsung yang berdurasi hampir 37 minit yang bertajuk Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Sumber:
UnReportedNews™®

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: