Pasar Borong Selangor lokasi utama Gerakan Sanitasi Awam

30 Mei 2021, SERI KEMBANGAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini menjalankan Gerakan Besar-besaran Sanitasi Awam di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin turun ke lokasi ini bagi mengikuti kerja-kerja sanitasi yang dijalankan. Beliau turut diberi taklimat oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid sebelum operasi bermula.

“Alhamdulillah pagi ini saya turun ke Pasar Borong Selangor bagi hari kedua Gerakan Besar-besaran Sanitasi Awam di kawasan berisiko tinggi seluruh negara khususnya di negeri Selangor memandangkan kes semakin tinggi.” Kata Zuraida melalui posting page FB rasmi beliau.

Operasi sanitasi di Pasar Borong Selangor meliputi sembilan blok utama dengan 320 lot niaga.

Lokasi ini menjadi tumpuan awam untuk membeli barangan keperluan harian dan makluman diterima pengurusan pasar borong juga telah menjalankan operasi sanitasi tiga kali seminggu sebagai usaha berterusan mengurangkan jangkitan.

JBPM dari BBP Serdang dan Damansara terlibat dalam gerakan sanitasi di Pasar Borong Selangor ini.

“Saya berharap tiada pihak yang cuba meremehkan usaha Bomba dan KPKT dalam melandaikan kes Covid19 di negara ini. Saya juga amat berharap rakyat Malaysia mesti jadi rakyat yang bijak dan matang dalam menyebarkan maklumat tentang usaha yang dilakukan.

“Akhir sekali saya menyeru kepada semua untuk bersama-sama berganding bahu menggalas tanggungjawab dalam membendung penularan COVID-19 dengan memainkan peranan masing-masing.” kata Zuraida lagi.
_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: