Bomba jalankan operasi sanitasi pasar awam di Port Dickson

30 Mei 2021, PORT DICKSON: Berikutan peningkatan kes positif harian Covid-19 secara mendadak khususnya di Daerah Port Dickson, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjalankan operasi sanitasi di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Operasi Sanitasi Awam yang dijalankan pada 29 dan 30 Mei lalu melibatkan Balai Bomba Port Dickson dan Balai Bomba Teluk Kemang yang dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Gerakan sanitasi nyah cemar, disinfeksi dan sanitasi awam pada 29 Mei bertumpu di dua lokasi berisiko iaitu Pasar Awam Pasir Panjang dan Pasar Awam Port Dickson.

Manakala operasi pada 30 Mei pula telah dijalankan di Pasar Awam Lukut, Pasar Awam Pasir Panjang dan Pasar Awam Linggi.

Rosman Jonet, Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PKN Port Dickson turun ke lokasi mengikuti kerja-kerja sanitasi yang dijalankan dan beliau turut diberi taklimat oleh Pegawai Bomba sebelum operasi sanitasi bermula.

Turut hadir adalah Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Negeri Sembilan Mohamad Hafiz Ahmad Termizi, Ketua Balai JBPM Teluk Kemang Mohd Kamal Mohd Timar, Komander Operasi JBPM Teluk Kemang Saifulnizan Sugiman dan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Kesihatan MPPD Khairil Rizal Mahatar. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: