Bomba nafi sanitasi awam satu pembaziran – KP JBPM

SERI KEMBANGAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan proses sanitasi awam yang dijalankan di seluruh negara sejak Mac tahun lepas adalah satu pembaziran.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid menegaskan, usaha itu adalah salah satu langkah untuk mengurangkan jangkitan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan pakar penyakit berjangkit, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang berpendapat sedemikian.

“Langkah diambil ini adalah salah satu langkah untuk mengurangkan jangkitan. Bila kita cakap tentang sanitasi awam, sebenarnya tiga faktor kita buat.

“Satunya kita buat nyah cemar. Kedua, disinfeksi. Ketiga cucian dan sanitasi awam. Ini yang kita istilahkan sebagai sanitasi awam. Kita dah buat 25,000 sanitasi sejak Mac 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memantau proses sanitasi awam di Pasar Borong Selangor, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya ada pihak mengeluarkan kenyataan yang difikirkan mampu menggugat perkhidmatan awam.

Astro AWANI pada Ahad melaporkan Dr Adeeba berkata operasi sanitasi awam secara besar-besaran di seluruh negara merupakan pembaziran sumber.

Beliau berpendapat lebih baik sumber digunakan dalam program tersebut disalurkan ke bahagian lain yang lebih memerlukan.

Menurutnya, ia termasuklah bantuan peralatan perlindungan diri (PPE), kanula hidung aliran tinggi (HFNC), alat pengalih udara (ventilator), sat meter oksigen dan makanan untuk sukarelawan.

Sumber: Astro Awani Gambar: Auntie Zu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: