Persatuan komuniti & wakil penduduk Lembah Subang bantu usahama PeKT-JBPM operasi sanitasi awam

PETALING JAYA: Inisiatif dan gerak kerja pro aktif Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Zon 4 Petaling Jaya telah menjayakan beberapa operasi sanitasi kediaman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Peranan PeKT telah melancarkan usahasama strategik antara agensi kerajaan seperti JBPM membantu komuniti setempat.

Sejak beberapa bulan ini, usahasama PeKT-JBPM telah melancarkan gerakan sanitasi awam di beberapa lokasi tumpuan sekitar Petaling Jaya seperti sekolah, flat perumahan rakyat dan taman-taman perumahan yang berlaku kes positif Covid 19.

Sekali lagi kerjasama ini berlangsung pada 29 Mei lepas melalui Operasi Sanitasi Awam Covid-19 JBPM Negeri Selangor di Lembah Subang 1. Gerakan operasi sanitasi ini disertai oleh 40 anggota bomba dari Balai Bomba Petaling Jaya dan Balai Bomba Damansara.

Operasi ini telah dijalankan bermula jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengah hari yang melibatkan lima blok Lembah Subang 1 iaitu Blok A, C, D, H dan F. Tumpuan premis bagi operasi sanitasi iaitu tiga buah dewan utama, tiga buah surau, tiga buah tadika dan sebuah sekolah KAFA di Jalan PJU 1A/42.

Kerjasama wakil-wakil komuniti setempat seperti persatuan-persatuan penduduk, KRT, MPP dan wakil-wakil blok telah melancarkan urusan pelaksanaan operasi sanitasi ini.

Operasi JBPM di Lembah Subang 1 ini bukan kali pertama diadakan tetapi pernah dijalankan beberapa kali sebelum ini berikutan laporan kes positif Covid 19 di situ. Ia adalah usaha penting yang digerakkan oleh Pengerusi PeKT Zon 4 Petaling Jaya, Hasliza Omar.

“Saya menghargai kerjasama semua wakil penduduk, persatuan, KRT dan ketua-ketua bagi operasi kali ini. Tak dilupakan anggota-anggota bomba dari Balai Bomba Damansara diketuai oleh TPgB11 Tuan Hj Ramli dan TPgB11 Mohd Hafiz Bin Mat Dali dari Balai Bomba Petaling Jaya.

“Terima kasih kepada wakil-wakil iaitu Encik Aziz Hashim, Encik Subki Maulud dan Team Penggerak Komuniti Tempatan Zon 4 yang banyak membantu urusan di sini.” Kata Hasliza yang turut sama menyertai operasi sanitasi ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: