PKN Port Dickson hulur sumbangan mangsa kebakaran di Telok Pelandok

30 Mei 2021, PORT DICKSON: PKN Port Dickson hari ini telah menyumbangkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Telok Pelandok, Port Dickson.

Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PKN Port Dickson telah menziarahi keluarga mangsa kebakaran dan melawat di kawasan lokasi rumah terbakar di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson. Beliau turut mendapat taklimat daripada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Teluk Kemang.

Rosman berkesempatan menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga terlibat bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

Turut hadir ke lokasi adalah Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Negeri Sembilan Mohd Hafiz Ahmad Termizi, Ketua Balai JBPM Teluk Kemang Mohd Kamal Mohd Timar dan pimpinan PKN Port Dickson.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 11 pagi itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal musnah 90 peratus.

Api telah berjaya dikawal dan pihak bomba telah menemui seorang mangsa kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan terperangkap dan dipercayai telah meninggal dunia.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk post-mortem. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: