PKN Port Dickson seru masyarakat lebih kuat & prihatin melawan Covid-19

30 Mei 2021, LINGGI: Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson, Rosman Jonet menyeru seluruh masyarakat khususnya di Daerah Port Dickson prihatin dan berdaya lebih kuat untuk melawan wabak Covid-19.

“Saya mohon setiap masyarakat perbaiki urusan, saling tolong menolong dan tumpukan seluruh kekuatan serta jadilah warga yang prihatin, elakkan jangkitan Covid-19.” kata beliau semasa turun meninjau operasi sanitasi awam bomba di Pasar Awam Linggi.

Operasi Sanitasi Awam di Pasar Awam Linggi dan Pasar Awam Teluk Kemang telah dijalankan oleh JBPM berikutan peningkatan mendadak kes positif harian dicatat di Daerah Port Dickson yang merupakan zon merah Covid-19 di Negeri Sembilan.

Rosman Jonet juga Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan turut mendapat taklimat mengenai operasi yang dijalankan oleh bomba.

“Kepada anggota JBPM dan ‘frontliners’ yang lain, yakinlah bahawa khidmat kalian akan menjadi ibadah yang paling mulia.” kata Rosman lagi. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: