Sejarah akhbar Malaysia: Warta Kinta akhbar tempatan Bandar Ipoh

WARTA KINTA (1937-1941)

Kegagalan Warta Perak mendorong seorang hartawan tempatan yang merupakan pemilik syarikat perlombongan, The Malay Mining Syndicate Ltd. Raja Abdullah Raja Syed Salim untuk menerbitkan Warta Kinta pada 24 Disember 1937. Beliau merasakan bahawa perlunya sebuah penerbitan yang dapat mengetengahkan hal ehwal di negeri Perak dan akhbar ganti harus segera diterbitkan setelah penerbitan Warta Perak terhenti.

Warta Kinta menggunakan cogan kata “Surat Khabar yang Berhaluan Kebangsaan, Perniagaan, Pengetahuan dan Bacaan Umum” dan “Ilustrated Malay Weekly”. Akhbar ini mendapat dukungan yang lebih mantap daripada barisan sidang pengarang dan juga pengurusan.

Antara sidang pengarang yang pernah menganggotai akhbar Jawi 24 muka surat ini termasuklah Raja Mansor Abdul Kadir (1937-1939), Ahmad Boestamam (1937-1938), Abdul Rahman Rahim (1940); dan Ahmad Noor Abdul Shukoor (1941) yang sebelum ini menerbitkan dan menyunting Warta Perak. Mereka dibantu oleh Abdul Samad Ahmad, Muhammad Salehuddin, dan Ahmad Boestamam nama-nama yang penting dalam persuratkhabaran Melayu sebelum merdeka.

Sementara itu, pengurusan akhbar ini dianggotai oleh Haji Yang Hamrab (1937); Raja Mansor Abdul Kadir (1937); Ibrahim Haji Yaacob (1937-1938), dan Abdul Rahman Rahim (1939-1941).

Secara umumnya, Warta Kinta menyiarkan berita berita dan tulisan umum. Antara ruangan yang lazim terkandung di dalamnya termasuklah “Tawarikh”, “Rencana Umum”, “Dunia Islam”, “Pemandangan Umum”, “Ruangan Wanita”, “Mastika Kata”, “Ruangan Kesihatan”. “Halaman Perniagaan”, “Perkhabaran Ringkas”, “Halaman Surat Menyurat”, “Ketawa Itu Sihat”, “Halaman Kepentingan”, “Halaman Cemeti/Nasihat”, dan “Cerita”.

Menurut akhbar Lembuge keluaran 30 Disember 1937, Warta Malaya menyiarkan:

“berbagai-bagai makalah yang berfaedah bagi menjadi bacaan dan pengetahuan am.”

Dalam keluaran pertamanya, Raja Mansor menyatakan:

“Sebenarnya memimpin surat khabar ini bukannya satu pekerjaan yang mudah, istimewa pula pekerjaan karang-mengarang ini satu pekerjaan yang sangat berat, tetapi bagi saya seorang yang berpenghidupan sebagai seorang pengarang (journalist, pekerjaan yang dipercayakan kepada saya ini memang pekerjaan saya, dan sebab itu tiadalah saya khuatir menghadapinya biarpun saya memandang pekerjaan ini satu pekerjaan yang sukar.”

Warta Kinta dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang sebelum dicetak sendiri oleh Warta Kinta Press Co, Ipoh pada tahun 1938. Akhbar berukuran 10.8 inci x 15.3 inci ini asalnya diterbitkan sebagai akhbar mingguan, yang muncul setiap hari Jumaat sebelum diubah kepada setiap hari Selasa pada tahun 1938. Mulai awal tahun 1939, akhbar 24 muka surat ini diubah kepada akhbar harian. Pada waktu ini, pengurusan akhbar ini sudah diambil alih oleh Raja Nordin.

Akhbar ini pada mulanya dijual pada harga 10 sen dengan kadar langganan untuk setahun ialah $5.20 atau $2.60 untuk langganan enam bulan. Apabila diubah sebagai akhbar harian, harganya diturunkan kepada 6 sen. Blar Book menyatakan akhbar ini dicetak sebanyak 1,500 naskhah.

Warta Kinta terhenti penerbitannya pada 10 Mei 1938, sebelum terbit semula pada 25 September 1939. Sebagai akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu, penerbitan akhbar ini diberhentikan lagi pada 13 Disember 1941.

Sewaktu pendudukan Jepun, akhbar ini ditukar namanya kepada Cabaya Timur untuk dijadikan sebagai akhbar propaganda sebelum diubah kepada Perak Timer pada tahun 1943. Namun demikian, dengan tamatnya perang bererti tamat jugalah riwayat akhbar harian pertama dari Perak ini.

Sumber: 100 Akhbar Melayu, Hamedi Mohd Adnan (2015)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: