Sumbangan derma kilat mangsa kebakaran Telok Pelandok

1 Jun 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini telah menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga mangsa kebakaran di Telok Pelandok, Port Dickson.

Sumbangan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet, kepada keluarga tersebut hasil inisiatif daripada Wanita PKN Port Dickson yang digerakkan oleh Mimi Roszainah Rose Othman melalui derma kilat di kalangan ahli PKN Port Dickson semalam.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.

“Saya mendoakan keluarga mangsa tabah dan redha menerima ketentuan Allah SWT.” kata Rosman semasa ziarah kedua PKN Port Dickson petang semalam.

Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga mangsa yang terjejas teruk akibat tragedi kebakaran ini, boleh menyalurkan sumbangan kewangan sama ada melalui transaksi atas talian perbankan internet, deposit di mesin ATM atas nama :-

Nama Akaun: Marlia Binti Junaidi
Nama Bank: RHB Bank
No Akaun: 16424500022169



atau hubungi;

Marlia Binti Junaidi
017-6875778

Azidie Fadzly Bin Zulkaflie
017-6694209

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: