Anak jati Seremban Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar Yorkshire

ANAK jati dari Seremban, Negeri Seremban, Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar di Calderdale, Yorkshire Barat, England selepas mengangkat sumpah pada 19 Mei lepas.

Pillai atau nama sebenarnya Thiruvenkatar Krishnapillai JP melapor diri secara rasmi sebagai Datuk Bandar di Pejabat Datuk Bandar Borough of Calderdare dalam satu majlis yang dianjurkan Halifax Minster.

Pillai sepatutnya memegang tanggungjawab tersebut sejak tahun lalu, namun akibat daripada pandemik COVID-19, Datuk Bandar Dot Foster meneruskan peranannya untuk sementara waktu.

Jelas Pillai, beliau yang sepatutnya mengambil alih tugas itu lebih awal berasa sangat dihormati dan bertuah kerana terpilih sebagai Datuk Bandar bukan kelahiran United Kingdom.

“Saya merasa sangat dihormati dan bertuah kerana dipilih sebagai Datuk Bandar berasal dari Malaysia yang pertama di bandar bersejarah Yorkshire Barat.

“Dengan ini, saya akan melaksanakan tugas saya dengan sehabis baik untuk berkhidmat kepada masyarakat di bandar Calderdale,” ujarnya memetik laporan The Vibes.

Beliau sering berhijrah dan sebelum ini, Pillai juga pernah meninggalkan Malaysia untuk menjalani latihan sebagai jururawat di London pada tahun 1971.

“Saya mengambil jurusan sebagai jururawat di England, dengan bersikap terbuka bahawa saya akan menerima sebarang tawaran yang sesuai dengan saya.

“Saya benar-benar bertuah kerana diterima oleh Moorfields Eye Hospital di London yang terkenal di dunia,” katanya.

Sejak itu, Pillai memegang banyak peranan dalam sektor penjagaan kesihatan seperti tugas jururawat kanan di Greenwich Area Health Authority, London (1984-1988), pengarah / rakan kongsi di Ivy House Nursing and Residential Home, Brighouse (1989-2004), dan pengarah bukan eksekutif di South West Yorkshire Mental Health Trust (2002-2006) .

Sebagai Timbalan Datuk Bandar Calderdale, Pillai dengan isterinya Beverley sebelum ini telah menghadiri lebih daripada 70 majlis sivil.

Pillai sering tertarik dengan perkembangan sosial, masyarakat, dan kesihatan.

Minat ini disokong sepenuhnya oleh mendiang ibu bapanya iaitu, Encik dan Puan Krishnapillai.

Meskipun tidak berada di sebuah negara yang sama, mereka tidak pernah gagal memberikan semangat buat Pillai dari jarak jauh.

Pasangan ini juga ada kalanya pulang ke Seremban untuk bercuti dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. _ASTRO AWANI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: