Penjaja kecil PBT dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0

Pengumuman kerajaan bagi pelaksanaan PKP 3.0 selama 14 hari bermula 1-14 Jun 2021 pada awalnya telah mencetuskan kegelisahan sebahagian besar rakyat khususnya kumpulan penjaja kecil.

Timbul persepsi negatif yang kemudiannya menggusarkan kumpulan penjaja kecil bakal melalui situasi kehilangan pendapatan sekiranya tiada kebenaran menjaja sepanjang tempoh ketat 14 hari PKP 3.0 itu. Hanya beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi dengan kelulusan melalui CIMS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kumpulan penjaja kecil yang mempunyai permit kekal atau sementara PBT sebenarnya termasuk dalam sektor ekonomi perlu. Majoriti penjaja kecil menjalankan perniagaan jualan makanan dan minuman.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuka langkah memudahkan kumpulan penjaja kecil ini untuk terus beroperasi.

Menterinya, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui kenyataan rasmi pada 2 Jun 2021 telah menyebut penjaja-penjaja yang mempunyai permit kekal atau sementara PBT tidak perlu untuk mendapatkan kelulusan melalui CIMS, memadai hanya dengan menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT.

Jelas Zuraida lagi, sekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan.

Kebenaran berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu.

Keputusan ini adalah berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Zuraida turut mengingatkan semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah KPKT ini sebenarnya telah memberi nafas lega kepada kumpulan penjaja kecil bagi meneruskan mata pencarian masing-masing. Keutamaan mereka agar mematuhi SOP sepanjang menjalankan operasi paling utama supaya dapat membendung penularan wabak Covid-19. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: