Tanjung Tuan lokasi pelancongan dikongsi Melaka-Negeri Sembilan

Tanjung Tuan terkenal sebagai lokasi strategik rumah api yang menjadi panduan kapal-kapal berlayar di Selat Melaka.

Namun begitu tanjung yang terletak di Lagun Biru, Port Dickson ini mempunyai tarikan alam semulajadi yang menjadi tumpuan pelancongan.

Walaupun terletak di dalam Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi Tanjung Tuan adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah Melaka.

Rumah Api Cape Rachado adalah rumah api bersejarah yang dibina pada tahun 1528 oleh Portugis selepas menjajah Melaka. Kemudian ia berpindah milik kepada Belanda, British dan Malaya sehingga sekarang.

Terdapat satu lagi lokasi tumpuan di sini iaitu Bukit Batu Putih terletak kira-kira 300 meter dari rumah api dan anda perlu merentas hutan untuk memanjat bukit ini. Pemandangan laut dan persekitaran dapat dilihat dengan jelas dari puncak Bukit Batu Putih.

Bukit Batu Putih mendapat nama melalui batu-batu putih yang terdapat di puncak bukit ini.

Tanjung Tuan diliputi sebahagian besar oleh hutan lipur yang masih terpelihara keindahan semulajadinya. Anda masih boleh melihat spesis pokok-pokok hutan dengan saiz besar sebagaimana di hutan Khatulistiwa.

Pantai Lagun Biru dan Pantai Cermin adalah dua lokasi peranginan yang berada di Tanjung Tuan. Terdapat beberapa rumah peranginan dan Hotel Ilham Resort untuk penginapan.

Tanjung Tuan juga menjadi lokasi tarikan mistik kerana wujud beberapa kawasan dikaitkan dengan lagenda Hang Tuah iaitu batu mempunyai kesan telapak kaki Hang Tuah dan perigi Hang Tuah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: