Sejarah jalan keretapi pertama di NS, Seremban-Port Dickson

Selepas berlaku Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong pada tahun 1880, Lukut telah menjadi sebahagian daripada wilayah Sungai Ujong. Wilayah Lukut pada masa itu melebar dari Sungai Sepang hingga ke kawasan Sungai Raya bersebelahan Linggi. Manakala wilayah Linggi sudah memang berada dalam Luak Sungai Ujong.

British telah membangunkan kawasan pelabuhan baharu pada tahun 1885 di sebuah tempat disebut Tanjung bagi eksport bijih timah yang dilombong di sekitar Lukut.

Perkembangan perlombongan bijih timah di Sungai Ujong khususnya di Seremban telah menyebabkan wujud cadangan membina landasan keretapi yang menghubungkan Seremban dan pelabuhan baharu di Lukut.

Pelabuhan baharu di Tanjung itu dinamakan sebagai Port Dickson bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Fedderick Dickson.

Jalan keretapi yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Landasan sepanjang kira-kira 38 kilometer ini dibina oleh Syarikat Keretapi Sungai Ujong.

Stesen-stesen sepanjang laluan Port Dickson-Seremban bermula dari stesen Port Dickson, stesen Siliau, stesen Kuala Sawah, stesen Mambau, stesen Rahang dan berakhir di stesen Seremban.

Keretapi Sungei Ujong dipunyai oleh Sungei Ujong (Malay Peninsula) Railway Company Ltd.

Landasan ini mula dibuka kepada trafik pada 4 November 1890. Agen kepada syarikat ini adalah Messers Gilfillan Wood & Co. di Singapura. Messers Hill and Rathborne pula adalah kontraktor yang membina landasan.

Satu majlis mengambil alih secara rasmi landasan daripada kontraktor telah diadakan pada 28 Julai 1891. Wakil agen adalah Mr. Miller, Konsultan Jurutera Mr. Swan dan TYT John Burkinshan dan G. S. Murray telah tiba dari Singapura telah diberi peluang menaiki keretapi khas dari Port Dickson ke Seremban, yang pada masa itu adalah sebuah bandar utama Sungei Ujong (sekarang Negeri Sembilan).

Keretapi Sungei Ujong telah dibeli oleh Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 28 Julai 1908, tujuh tahun selepas beroperasi sendiri.

Perkhidmatan kereta api antara Seremban dan Port Dickson bermula sejak 1891, dikendalikan Syarikat Kereta Api Sungai Ujong, sehingga perkhidmatan ini berakhir pada tahun 2008 kerana berlaku kemalangan iaitu keretapi tergelincir yang memuatkan gas LPG dan diesel dari Pusat Penapisan Port Dickson di Tapis Minyak, tergelincir di Kilometer 13.6 di Kampung Pulai, Kuala Sawah, Rantau.

Pada peringkat awal operasi, kereta api terbabit digunakan untuk mengangkut barangan seperti makanan, minyak, simen dan gas petroleum cecair (LPG) yang tiba di pelabuhan di sini, untuk dibawa ke Seremban.

Sumber:
1. Website MPPD
2. BH Online
3. Skudal.blogspot
4. Website Malaya Railway

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: