10 sektor di bawah KPKT boleh mohon surat kebenaran operasi semasa PKP

Ketahuikah anda bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyenaraikan 10 sektor perkhidmatan perlu di bawah kementerian itu, yang boleh memohon surat kebenaran beroperasi dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (PKP 3.0).

Sektor yang terlibat ialah pajak gadai; pengurusan strata bagi pengurusan badan pemaju; pengurusan strata bagi pengurusan badan JMB atau MC; pengurusan strata bagi pengurusan hartanah strata (JMB atau MC) dan pemungutan sisa pepejal (isi rumah atau komersil, perindustrian dan keinstitusian atau pembinaan).

Turut tersenarai sektor pembersihan awam (merangkumi negeri-negeri yang menerima pakai atau tidak menerima pakai Akta 672); sanitasi awam oleh syarikat konsesi; sanitasi swasta; penyelenggaraan kemudahan atau taman rekreasi awam dan persendirian; serta pengurusan hartanah komersial.

CIMS 3.0 akan memproses semua permohonan bagi kebenaran beroperasi perkhidmatan perlu (essential services) dalam tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Semua pihak yang diberi kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MKN pada 31 Mei 2021 mengumumkan sebuah pusat sehenti menggunakan CIMS 3.0 diwujudkan yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan perlu ketika sekatan pergerakan penuh yang bermula Selasa hingga 14 Jun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: