Bilik fail terbakar tiada unsur sabotaj-Ketua Polis Pahang

KUANTAN – Kebakaran melibatkan bilik fail di tingkat tiga bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada petang Ahad tiada kaitan unsur sabotaj sebaliknya dipercayai akibat litar pintas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya menubuhkan pasukan dalaman melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Pembangunan Logistik untuk menyiasat lebih terperinci terhadap kejadian itu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian bagi mengelak timbulnya persepsi negatif.

“Berdasarkan laporan awal pihak bomba, kebakaran mungkin berpunca akibat litar pintas. Pihak kami sedang menunggu hasil siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Tambah Abd Jalil, kebakaran tidak melibatkan dokumen atau eksibit penting kerana kebanyakan fail kes yang dibuka disimpan di bahagian siasatan jenayah daerah.

Kebakaran dilaporkan kira-kira jam 4.34 petang itu hanya melibatkan bilik fail dan tiada mangsa terlibat.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan kebakaran. _SH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: