PKP: Sektor pembersihan awam jadi ‘barisan hadapan negara’

Sekiranya sektor pemungutan sisa pepejal dan pembersihan awam tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini, cukup sehari sahaja bertan-tan sisa pepejal dan sampah akan bertimbun di seluruh negara.

Dua sektor ini adalah antara sepuluh sektor di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diberikan kebenaran operasi sepanjang tempoh PKP 3.0 sebagaimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan rasmi KPKT pada 1 Jun 2021.

Kenyataan rasmi KPKT pada 1 Jun lalu itu telah menyatakan sektor yang terlibat ialah pajak gadai; pengurusan strata bagi pengurusan badan pemaju; pengurusan strata bagi pengurusan badan JMB atau MC; pengurusan strata bagi pengurusan hartanah strata (JMB atau MC) dan pemungutan sisa pepejal (isi rumah atau komersil, perindustrian dan keinstitusian atau pembinaan).

Turut tersenarai sektor pembersihan awam (merangkumi negeri-negeri yang menerima pakai atau tidak menerima pakai Akta 672); sanitasi awam oleh syarikat konsesi; sanitasi swasta; penyelenggaraan kemudahan atau taman rekreasi awam dan persendirian; serta pengurusan hartanah komersial.

Semasa PKP 1.0 dulu, hampir keseluruhan sektor ekonomi ditutup, sektor pemungutan sisa pepejal dan pembersihan awam dibenarkan beroperasi. Kedua-dua sektor ini menjadi nadi sosio-ekonomi negara. Seandainya ditutup daripada beroperasi, longgokan sampah isi rumah akan bertimbun yang bakal mencetuskan isu kebersihan dan pencemaran bau. Sebulan rakyat Malaysia dikerah berkurung secara bersyarat, menghasilkan longgokan sisa pepejal yang cukup banyak.

Pekerja-pekerja sektor pembersihan ini menjadi ‘barisan hadapan negara’ memenuhi tanggungjawab membersih dan menguruskan timbunan sampah serta sisa pepejal semasa PKP. Siapa yang masyarakat harapkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan begini?

Masyarakat wajar menghargai peranan pekerja-pekerja sektor pembersihan awam ini dengan mengamalkan kitar semula dan sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan.

Jangan lupa kerana KPKT telah melancarkan Dasar Kebersihan Negara sebelum berlakunya wabak Covid-19. Kemunculan pandemik Covid-19 ini seharusnya meningkatkan kesedaran dan muhasabah diri memperkasakan semula sikap menjaga kebersihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: