PKN teruskan kutipan dana Tabung Rayuan Palestin

8 Jun 2021, PUTRAJAYA: Selepas pelancaran Tabung Rayuan Palestin peringkat KPKT pada 28 Mei lalu dan seterusnya dilanjutkan ke peringkat nasional melalui usahasama NGO Penggerak Komuniti Negara seluruh negara, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma terus melalui akaun bank khas untuk tabung ini.

Solidariti rakyat melalui sumbangan derma kepada rakyat Palestin boleh disalur atau secara online atas nama Tabung Rayuan Palestin, ke akaun berikut;

Bank Simpanan Nasional (BSN) Nombor akaun: 14125 41 1000294 17

Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hizwan Ahmad hari ini ke Bank Simpanan Nasional, Cawangan Utama Kuala Lumpur, Jalan Ampang bagi menguruskan Dana Rayuan Sumbangan Palestine Peringkat KPKT 2021 dan Penggerak Komuniti Negara.

Ketua Operasi Negeri, BSN Kuala Lumpur iaitu Puan Hanizah memberi kerjasama dan memudahkan segala urusan berkaitan.

Tabung Rayuan Palestin ini adalah suatu inisiatif yang digerakkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui usahasama Comwel dan NGO Penggerak Komuniti Negara sebagai solidariti rakyat Malaysia kepada masyarakat Palestin yang diduga dengan serangan bersenjata Israel semasa akhir bulan Ramadan lalu.

Usahasama menjayakan sumbangan derma Tabung Rayuan Palestin ini melalui NGO Penggerak Komuniti Negara seluruh negara masih berterusan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: