Covid-19 Mungkin Berpunca Daripada Makmal Wuhan, China

P4

laboratory at the Wuhan Institute of Virology in Wuhan in China’s central Hubei proviytyutyutyunce on April 17, 2020. Photographer: Hector Retamal/AFP/Getty Images

Laporan mengenai asal usul Covid-19 oleh makmal negara Amerika Syarikat telah menyimpulkan dakwaan bahawa virus yang dibocorkan dari makmal China di Wuhan itu masuk akal dan patut disiasat lebih lanjut, The Wall Street Journal melaporkan pada hari Isnin yang lalu.

Kajian ini menggunakan analisis genomik virus Covid-19 dan disiapkan pada Mei 2020 oleh Makmal Nasional Lawrence Livermore di California.

Laporan itu dirujuk oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, ketika ia melakukan penyelidikan mengenai asal usul wabak itu pada penggal terakhir pemerintahan Trump, kata laporan itu.

Lawrence Livermore enggan mengulas mengenai laporan Wall Street Journal.

Presiden Joe Biden bulan lalu memerintahkan untuk mencari jawapan asal usul virus itu. Sebagai tindak balas, agensi perisikan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan dua senario: bahawa virus itu disebabkan oleh kemalangan makmal, atau virus ini muncul berpunca daripada kontak manusia dengan haiwan yang dijangkiti.

Laporan perisikan AS yang masih diklasifikasikan yang diedarkan semasa pemerintahan bekas presiden Donald Trump mendakwa bahawa tiga penyelidik di Institut Virologi Wuhan China jatuh sakit pada bulan November 2019 sehingga mereka mendapatkan rawatan di hospital, kata sumber pemerintah AS.

Pegawai AS menuduh China kurang telus mengenai asal usul virus itu, namun tuduhan tersebut telah ditolak oleh Beijing.

Sementara itu, Sky News baru-baru ini melaporkan bahawa pakar penyakit jangkitan AS yang terkenal Dr Anthony Fauci telah mengakui bahawa dia membiayai penyelidikan “antarmuka manusia-kelawar” di China untuk mengelakkan wabak terjadi di Amerika Syarikat.

“AS membiayai penyelidikan koronavirus yang sangat berbahaya yang pernah dilarang di Institut Virologi Wuhan,” lapor Sky. “Penyelidikan itu melibatkan penciptaan virus membawa maut yang baru.

“Pada tahun 2012, ketika AS sedang mempertimbangkan untuk melarang penambahan gain of function research, Fauci berpendapat bahawa itu adalah pekerjaan penting dan bahkan berisiko menyebabkan wabak berlaku.

Gain of function research (GoFR) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan penyelidikan perubatan yang mengubah organisma atau penyakit dengan cara yang meningkatkan patogenesis, penularan, atau jenis inang yang dapat dijangkiti mikroorganisma.

Sky mendakwa bahawa, “Ketika pandemik menjadi serius dan White House duduk terpinga-pinga bagaimana semuanya bermula, Fauci tidak pernah menyebutkan gain of function research atau kajian lain di makmal Wuhan.”

Sky mendakwa bahawa Fauci adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya membatalkan larangan AS terhadap penyelidikan berisiko ini pada tahun 2017, dan bahawa tidak mungkin bagi AS sendiri yang mahukan penyelidikan koronavirus berisiko tinggi ini dilakukan di China. –MalaysiaNow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: