Wabak Covid-19 bangkit kesedaran kebersihan masyarakat

Setiap peristiwa dan bencana alam yang melanda manusia pasti ada sebab musabab serta kesan baik buruk kepada sosiologi masyarakat.

Wabak Covid-19 adalah suatu ancaman hebat kepada peradaban manusia dalam kurun ke-21. Ia menjadi gugatan terbesar seluruh dunia selepas Spanish Flu yang berlaku pada awal kurun ke-20 lalu (1918-1921).

Masyarakat telah didedahkan maklumat khusus dan terperinci tentang virus Covid-19. Perkembangan teknologi komunikasi terutama teknologi telefon bimbit android mempercepatkan sebaran informasi virus dan wabak Covid-19. Masyarakat menjadi peka khusus melibatkan hal kebersihan yang berkaitrapat dengan sebaran virus ini.

Mungkin sebelum ‘kedatangan’ wabak Covid-19, ada sebahagian manusia mengambil mudah terhadap kebersihan persekitaran. Wabak ini telah mengubah era kemanusiaan yang diistilah sebagai norma baharu (new norm).

Kebetulan pula sebelum muncul Wabak Covid-19, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Dasar Kebersihan Negara pada penghujung tahun 2019. Dasar ini adalah suatu inisiatif pemerintah Malaysia untuk menjadikan sebuah negara yang bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan.

Ada lima kluster Dasar Kebersihan Negara dan antara penekanan yang menarik adalah kesedaran mengenai kebersihan.

Wabak Covid-19 memberi impak yang positif dalam hal kebersihan. Maka ketika suasana negara yang masih ‘berperang’ melawan wabak ini, Dasar Kebersihan Negara adalah menjadi agenda utama pemerintah yang berkesan dalam memupuk kesedaran masyarakat disamping memperkasakan komuniti membudayakan amalan kebersihan.

Sebahagian masyarakat kita tidak ada kepedulian akan Dasar Kebersihan Negara kerana mereka tidak dapat memahami pelaksanaan dan keberkesanan dasar. Namun kerana Wabak Covid-19, setiap individu dalam komuniti sudah ada kesedaran dan kepekaan keperluan menjaga kebersihan.

Secara langsung, usaha membudayakan amalan kebersihan ini sudah mulai menjadi teladan. ‘Kalau kau abaikan kebersihan, tempat kau mungkin menjadi prospek wabak merebak. Kalau kau tak jaga kebersihan diri, kau abai SOP, maka potensi kau untuk dijangkiti lebih tinggi’.

Dasar Kebersihan Negara mempunyai sembilan sasaran utama iaitu;

1. Perubahan minda dan sikap masyarakat tentang aspek penjagaan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan alam sekitar.

2. Pengurangan pencemaran alam sekitar.

3. Peningkatan tahap kebersihan negara.

4. Penurunan kes penyakit bawaan vektor (nyamuk, lalat, tikus).

5. Peningkatan penglibatan aktif komuniti, NGO dan pihak swasta dalam program-program & inisiatif yang dilaksanakan.

6. Pengukuhan tadbir urus pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

7. Pengurangan sisa dihantar ke tapak pelupusan dan peningkatan kadar kitar semula.

8. Peningkatan kualiti dan kemahiran pekerja dalam sektor pembersihan.

9. Pengurangan pembudayaan Kerajaan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

KPKT giat melaksanakan Dasar Kebersihan Negara melalui penglibatan NGO, PBT, agensi-agensi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam termasuk JMB pangsapuri seluruh negara.

Sebenarnya di sebalik wabak Covid-19, ia telah ‘membuka laluan’ terbaik membudayakan amalan kebersihan kepada masyarakat secara positif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: