Genjat Politik: antara PM tepi, lompat parti & patriotik

oleh Teropong Undi

Episod ‘jajaran baru’ politik kembali dihangatkan kelmarin (10 Jun 2021) mengulangi peristiwa ‘strong, formidable, convincing’ yang berlaku pada 22 September 2020 dulu. Sebagaimana diketahui pengakhiran episod hanyalah omongan politik kosong sekadar untuk Anwar Ibrahim mencuit naik populariti yang merundum. Memang kaki gempar semata-mata.

Genjat atau kalut politik ini akan berterusan sekiranya cubaan demi cubaan ‘PM tepi’ berlaku yang kini dilihat sebagai ‘pengacau’ menganggu gugat kestabilan pemerintah.

Anda harus ingat bahawasanya Anwar telah gagal dalam gerakan menukar kerajaan melalui kaedah tanpa pilihanraya, bermula dari Projek 16 September (2008), Langkah Kajang (2014) dan Langkah Meridien (2020), namun bekas orang kanan Anwar iaitu Azmin Ali yang berjaya mempelopori Langkah Sheraton pada 29 Februari 2020 bersama Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin menumbangkan Pakatan Harapan sebagai pemerintah kerajaan waktu itu.

Silap politik Anwar juga berlakunya Langkah Sheraton. Jika dia bersabar dan tidak gopoh selepas memenangi PRK Port Dickson penghujung tahun 2018 dulu sudah pasti waktu ini dia adalah PM Malaysia kelapan. Belum pun sahih diumumkan serahan kuasa, dia sudah membuat jelajah seluruh negara menyebut dia ‘bakal PM’. Mungkin ketika itu, naratif ‘bakal PM’ adalah ‘selling point’ yang dirasakan hangat oleh kumpulan pembodek Anwar Ibrahim (KUPAI). Ia memakan diri, dan corak Anwar menunjukkan sikap autokratik semasa pemilihan PKR 2018 sehingga Kongres PKR 2019 menyerlahkan perpecahan besar dalam parti itu.

Lompat Parti

Suasana politik Malaysia kini yang lebih mencabar dan memuncak, tidak ada satu parti pun yang mempunyai kelebihan angka besar selesa. PRU-14 lalu telah ‘memecah’ pasaran politik Malaysia daripada dominasi sesuatu parti.

Berderainya dominasi parti itu menjurus kepada senario lompat politik. Ini permainan politik demokrasi yang sangat menarik. Lompatan wakil-wakil rakyat ini adalah permainan membesarkan angka yang menjadi asas kekuatan politkk demokrasi.

Barisan Nasional paling terkesan sesudah beberapa hari PRU-14 apabila berlaku lompatan wakil-wakil rakyat mereka dan sebahagian besar parti komponen BN keluar daripada gabungan ini.

Umno yang memenangi 54 kerusi parlimen menyusut setelah 16 MP keluar menyertai parti lain iaitu 15 menyertai Bersatu dan seorang lagi berhijrah ke parti Warisan Sabah.

Komponen BN Sarawak pula mengisytihar keluar daripada gabungan dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), manakala di Sabah, PBS, Upko dan PBRS turut meninggalkan BN. PBRS kemudian kembali semula menyertai BN pada tahun 2020.

PKR yang menjadi parti terbesar di parlimen selepas lompatan wakil-wakil rakyat Umno itu, sepatutnya memperkuatkan kedudukan Anwar Ibrahim untuk ‘political demanding’ jawatan PM. PKR mempunyai 50 MP waktu itu setelah Julau, Batu dan Lubok Antu menyertai PKR.

Senario berubah apabila terjadinya Langkah Sheraton, 11 MP dari PKR meninggalkan parti itu. Tinggal 39 MP dalam PKR. Perkembangan lompatan terus terjadi dalam PKR samada wakil-wakil rakyat peringkat DUN dan parlimen. Tanpa diduga MP Julau, Larry Sng turut meninggalkan PKR. Sebelum itu, MP Lubok Antu telah memulakan langkah tersebut. Selepas Julau, MP Tebrau dan Kuala Langat juga meninggalkan PKR.

Sekali lagi akibat kegagalan langkah ‘jajaran baru’ politik kelmarin, isu SD wakil-wakil rakyat dimainkan oleh PKR yang didakwa berlaku gerakan untuk ‘memujuk’ wakil-wakil rakyat. Ini juga suatu permainan politik untuk menutup kegagalan ‘jajaran baru’ politik yang sudah dihebohkan sejak dua minggu sebelum itu.

Patriotik

Rakyat sebenarnya menuntut semua wakil rakyat dan organisasi politik bersikap patriotik untuk menumpu usaha melawan wabak Covid-19. Itu keutamaan yang dituntut oleh rakyat agar perbalahan politik dihentikan seketika.

Suasana negara yang masih bergelut menanggani wabak, tuntutan PM Tepi untuk terus menggugat kestabilan perlu direhatkan dan beri cadangan-cadangan munasabah untuk membantu kerajaan tanpa perlu membawa politik kecam dan sindir.

Bagaimana hendak dicontohi seandainya pembangkang masih kental memainkan politik kecam dan sindir semata-mata untuk menonjolkan bahawa mereka ‘lebih baik dan bersih’ daripada kerajaan?

Genjat politik begini wajar diredakan. Pembawaan politik matang diperlukan waktu ini, bukan memaparkan serangan yang menonjolkan sikap wakil rakyat tiada pengalaman sebagai pentadbir dan kebudak-budakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: