Kitar Semula elak pencemaran saliran & sungai

Membudayakan amalan kebersihan sebagai suatu cara hidup adalah cabaran besar dalam suasana komuniti di negara ini yang tak menyeluruh peka terhadap alam sekitar.

Inilah antara sembilan sasaran utama Dasar Kebersihan Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih menjelang tahun 2030 akan datang. Mengubah cara berfikir untuk membentuk sikap positif bukan mudah tetapi boleh dilaksanakan melalui disiplin masyarakat.

Jangan terkejut sikap dan mentaliti seperti setinggan sebenarnya wujud dalam kelompok komuniti M40 dan T20. Kerap kali mentaliti gaya setinggan yang mengabaikan aspek kebersihan persekitaran, diri dan tempat tinggal dicontohkan kepada golongan B40 dan merempat.

Kelakuan paling mudah adalah sikap perokok, semua golongan masyarakat dari T20, M40, B40 dan miskin yang merokok pasti akan membuang putung rokok merata, jarang sangat kita nampak ia dibuang dalam tong sampah atau tempat khas. Masyarakat perokok negara ini bukan seperti Jepun. Ini kekurangan disiplin warganegara Malaysia yang berlaku.

Kitar semula menjadi konteks asas dalam membudayakan amalan kebersihan yang ditekan pelaksanaan kepada komuniti dan isi rumah.

Amalan kitar semula komuniti akan menyumbang kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan saliran dan sungai daripada bahan-bahan buangan khususnya plastik, botol dan minyak.

Punca saliran tersumbat dan sungai tercemar akibat sampah-sampah daripada bahan buangan ini khusus di kawasan padat penduduk dan kawasan perindustrian.

Amalan kitar semula dari punca akan menggelakkan saliran dan sungai dipenuhi oleh bahan-bahan buangan ini yang menyumbang kepada kejadian banjir kilat, bau busuk dan pencemaran pemandangan.

Apa akan jadi sekiranya tiap isi rumah tidak melaksanakan amalan kitar semula?

Anda boleh bayangkan setiap isi rumah membuang sekurangnya lima botol plastik ke dalam saliran atau sungai.

Jika sebuah flat perumahan rakyat yang mempunyai 200 pintu dan kesemua isi rumah ini tidak mengamalkan kitar semula bahan-bahan buangan, maka akan bertimbunlah seribu botol plastik.

Andainya seribu botol plastik ini dibuang secara rambang ke dalam saliran (longkang, parit) dan sungai, sudah cukup membuatkan saliran menjadi padat tersumbat.

Itu baru sebuah flat perumahan tetapi jika ada 10 atau lebih flat perumahan dalam lokaliti, jumlah botol plastik terbuang akan lebih berganda!

Saliran tersumbat, bau busuk naik akibat air bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Adakah kita mahu hidup dalam persekitaran kotor yang menjadi punca denggi?

Maka laksanakan amalan kitar semula dari rumah. Anda bakal menjadi penyelamat komuniti dan alam sekitar. Sumbangan tiap isi rumah melalui langkah ini berupaya mewujudkan persekitaran bersih yang signifikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: