Majlis Perbandaran Sepang raih geran KPKT RM1 juta Piala Inovasi Menteri KPKT

12 Jun 2021: Majlis Perbandaran Sepang mendapat kedudukan tempat pertama dalam Pertandingan Piala Inovasi YB Menteri KPKT yang meraih geran KPKT bernilai RM1,000,000 melalui projek Aedes Biobased Fuel (ABBF) oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) hari ini telah mengumumkan pemenang-pemenang Pertandingan Piala Inovasi YB Menteri KPKT secara maya.

Enam lagi PBT yang memenangi geran KPKT bersama piala iringan mengikut kedudukan turut diumumkan.

Tempat kedua diraih oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai yang menerima geran KPKT bernilai RM500,000 melalui projek Taman Upcycle, manakala tempat ketiga diraih oleh Majlis Daerah Marang melalui projek Smart Bucket Backhoe dengan geran KPKT bernilai RM250,000.

MALA turut mengumumkan pemenang-pemenang tempat empat hingga enam iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (Projek Drainage System MBSA, geran KPKT bernilai RM50,000), Majlis Perbandaran Kajang (Projek Bimobet, geran KPKT bernilai RM50,000) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah melalui projek Sistem Pejalan Kaki Automatik yang juga meraih geran KPKT bernilai RM50,000.

Sistem Pejalan Kaki Automatik (MBMB)

Piala Inovasi YB Menteri KPKT adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh MALA melalui sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menghargai inisiatif pembangunan teknologi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: