Parlimen Ampang aktifkan sukarelawan bantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan

12 Jun 2021, AMPANG: Satu sistem sokongan sukarelawan melalui kerjasama KPKT dan Penggerak Komuniti Negara (PKN) telah diaktifkan pada hari ini yang akan membantu Pusat Pemberian Vaksin di peringkat Parlimen Ampang, seterusnya Selangor dan diperluaskan ke seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah turun padang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang, pagi tadi.

Sistem sokongan yang terdiri daripada tiga unit sokongan sukarelawan iaitu Unit Mobilisasi, Unit Panggilan dan Unit Jangkauan Komuniti akan berperanan membantu pihak kerajaan mencapai sasaran 80 peratus imuniti berkelompok pada tahun ini.

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi, satu sistem sokongan sukarelawan kerjasama KPKT dan Penggerak Komuniti Negara telah pun diaktifkan hari ini untuk bantu Pusat Pemberian Vaksin di peringkat Parlimen Ampang, seterusnya selepas ini Selangor dan ia diperluaskan ke seluruh negara.” kata Zuraida melalui page rasmi FB beliau.

“Insya Allah, saya percaya, dengan bantuan semua pihak, kita akan berjaya mengharungi pandemik Covid-19 ini.” kata beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Awal bulan ini juga, Parlimen Ampang telah melancarkan gerakan mobilasi vaksinasi masyarakat melalui Perkhidmatan Pengangkutan Awam Percuma yang berfungsi pengangkutan masyarat setempat ke Pusat Pemberian Vaksin PPV di Dewan Kampung Ampang Indah, Ampang. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: