PKN Port Dickson bantu lima beradik yatim piatu Covid-19

11 Jun 2021, PORT DICKSON: Lima adik beradik yatim piatu yang telah kehilangan ibu bapa mereka kerana Wabak Covid-19 telah menerima bantuan kewangan daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini.

Ketua Wanita PKN Port Dickson, Mimi Roszainah Rose Othman telah menyampaikan bantuan kewangan sumbangan dari Rosman Jonet, Pengerusi PKN Port Dickson.

Kisah sedih lima beradik ini bermula setelah keluarga ini didapati positif Covid-19. Ibu dan bapa mereka telah meninggal dunia selepas itu. Allahyarham Rodzi Tahar, 55 telah meninggal dunia pada 31 Mei lepas manakala isteri beliau Allahyarhamah Nazita Idris, 45 telah kerahmatullah pada 6 Jun 2021.

Sumbangan kewangan diserahkan kepada Muhammad Haidir, 23 anak sulung lima beradik yang kini diamanahkan untuk menjaga empat adiknya iaitu Muhammad Hairie berusia 20 tahun, Nurhairieka (18), Muhammad Haiqiel (13) dan yang bongsu Muhammad Khierzamani (7).

Kelima-lima adik beradik ini menetap di rumah peninggalan arwah ayah mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.

Menurut Haidir, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simpton yang teruk dan kini telah sembuh daripada jangkitan itu.

“Saya mendoakan Haidar dan adik beradik tabah dan redha menerima ketentuan Allah SWT.

“Kita perlu peka dan bertanggungjawab, saya menyarankan masyarakat menjadi warga yang prihatin, elakkan jangkitan Covid-19. Janganlah kita menjadi punca ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai dijangkiti Covid-19.” pesan Rosman yang juga Penyelaras KPKT Bagi Negeri Sembilan.

Orang ramai yang ingin membantu anak-anak yatim ini boleh menyumbang ke akaun atas nama; Muhammad Hai­dir Bin Rodzi,
No. Akaun: 8881013464888 (AmBank)

atau hubungi Haidir di talian 017-3679410 dan boleh ziarah mereka di alamat;

No. 298, Lorong Anggerik 9
Jalan Anggerik 2
Bandar Sunggala
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: