Covid-19: Zuraida Kamaruddin sumbang keperluan Hospital Ampang

12 Jun 2021, AMPANG: Parlimen Ampang meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan kepada Hospital Ampang berikutan peningkatan mendadak pesakit Covid-19.

Sumbangan atas inisiatif oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin itu penting untuk gerak kerja petugas barisan hadapan disamping kelancaran khidmat Hospital Ampang berkaitan Covid-19.

Zuraida telah turun melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang Indah, Ampang sebelah pagi. Beliau turut singgah ke Hospital Ampang bagi meninjau situasi semasa dan penyampaian sumbangan tersebut.

Sejumlah 80 kipas, 30 penghawa dingin mudah alih, lima troli ubatan dan lima mesin ECG telah diserahkan kepada pihak hospital oleh petugas Parlimen Ampang untuk kemudahan pesakit dan penambahbaikan fasiliti perubatan.

Sebelum ini, Parlimen Ampang telah menyerahkan sumbangan bantal dan selimut kepada Hospital Ampang bulan lalu.

Zuraida turut berharapan tinggi seluruh warga Ampang untuk terus bersama melandaikan jangkitan Covid-19 ini dengan mengamalkan norma hidup baharu, daftar untuk suntikan vaksin dan duduk di rumah jika tiada keperluan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: