Usahasama strategik PKN Jelebu dan NGO-NGO swasta, gerak program ‘Food Bank’.
14 Jun 2021, JELEBU: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Jelebu telah mengadakan usahasama strategik dengan beberapa NGO swasta bagi melaksanakan gerakan tabung makanan (Food Bank) di Negeri Sembilan.
Usahasama tersebut telah dimulakan di Parlimen Jelebu yang kini sudah memasuki fasa keempat bermula sejak minggu lepas.

NGO-NGO swasta yang terlibat secara langsung adalah PPB Group Berhad, Yayasan Food Bank Malaysia, Food Aid Foundation, Muhibbah Malaysia Food Bank Society dan Pertubuhan Permuafakatan Jelebu.
“Ini adalah ‘strategic partnership’ antara PKN Jelebu dengan beberapa pihak swasta dan NGO-NGO untuk program ‘food bank’ di Negeri Sembilan.

“Kami telah mulakan program ini di Jelebu dan selepas ini akan diteruskan di daerah-daerah lain.” kata Tang Jayson yang juga Pengerusi PKN Jelebu.
“Sumbangan bekalan makanan untuk program ini adalah dari pihak-pihak swasta terlibat, manakala NGO tempatan iaitu Pertubuhan Permuafakatan Jelebu bersama PKN Jelebu membuat edaran sumbangan.” jelas Jayson lagi kepada PPI.




Program ‘Food Bank’ ini dijalankan untuk membantu masyarakat setempat yang terjejas akibat Covid-19, kebetulan ketika ini sejak sebulan lalu kes positif telah meningkat di seluruh Negeri Sembilan termasuk beberapa mukim di Daerah Jelebu.
Sumbangan telah diedar melibatkan beberapa lokasi di Dun Chennah, Sungai Lui dan Pertang. Program ‘Food Bank’ ini juga merupakan inisiatif kebajikan tanpa sempadan yang dilaksanakan oleh PKN Jelebu. _PPI