Aktiviti sosial, rentas negeri dibuka pada fasa keempat

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk mengembalikan semula norma kehidupan seharian pada Fasa Keempat – fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara.

Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes Covid -19 adalah rendah, sistem kesihatan awam berada pada tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok selewatnya pada akhir tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, pelan ini juga merupakan pelan yang dinamik yang mana sekiranya berjaya dalam tiga indikator utama pada mana-mana fasa, kerajaan boleh terus mengambil keputusan untuk bergerak ke fasa seterusnya.

Kesemua SOP bagi fasa-fasa yang saya sebutkan tadi akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan diumumkan dalam masa terdekat.

”Saya sering menerima permintaan supaya acara-acara sukan seperti perlawanan bola sepak dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan, majlis-majlis sosial diadakan dan yang paling banyak saya terima ialah rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang.

”Sabar dulu. Pada masa ini perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dahulu.

”InsyaAllah, apabila kita telah mencapai imuniti kelompok pada Fasa Keempat, perkara-perkara ini dapat kita lakukan secara berperingkat dengan pematuhan kepada SOP yang ketat,” katanya,” kata Perdana Menteri ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat hari ini.

Beliau berkata, kejayaan negara mencapai imuniti kelompok pula bergantung kepada berapa ramai rakyat negara ini dapat menerima suntikan vaksin.

Setakat ini lebih 4.5 juta dos suntikan telah diberikan kepada rakyat Malaysia, yang mana 3.2 juta telah menerima dos pertama dan 1.4 juta telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Beliau memberi jaminan lebih ramai rakyat akan mendapat temujanji suntikan vaksin dan berpeluang menerima dos pertama setelah lebih banyak bekalan vaksin diterima mulai bulan ini.

Muhyiddin turut menyeru orang ramai yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin, segera berbuat demikian di aplikasi MySejahtera.

Sehingga kini, jumlah mereka yang telah berdaftar adalah seramai 13.8 juta berbanding sasaran negara sekurang-kurangnya 26 juta populasi di Malaysia diberi vaksin menjelang akhir tahun ini bagi mencapai imuniti kelompok.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: