Cubaan jatuhkan kerajaan PN gagal sebab Anwar tak mahu saya jadi PM lagi, dakwa Dr M

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah cuba mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun ditolak Anwar Ibrahim atas sebab beliau menawarkan diri menjadi Perdana Menteri selama enam bulan.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang menolak cadangan berkenaan malah tidak mahu Mahathir memegang sebarang jawatan dalam kerajaan jika PH berjaya mendapat sokongan majoriti.

“Kita harap bila dapat sokongan cukup, PH boleh jadi kerajaan balik. Jadi pengikut saya tidak mahu saya dibelakangi dan minta saya jadi Perdana Menteri untuk tempoh enam bulan sahaja tetapi Anwar tidak mahu. Dia (Anwar) kata kalau dia tak jadi PM, ‘no deal’.

“Jika saya tak jadi PM, pengikut saya tidak akan bersama saya dan jika saya tak jadi (calon) PM, saya akan kekurangan sokongan untuk jatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin. Pada dasarnya, bukan saya yang tolak Anwar, tetapi Anwar yang tolak saya,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian.null

Ditanya adakah Pejuang berhasrat membentuk kerjasama dengan Umno selepas parti terbesar itu tidak mahu bekerjasama dengan PN menjelang pilihan raya umum ke-15, Mahathir berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan Umno yang disifatkan sudah “kotor” dan tidak relevan di hati rakyat.

“Umno sudah begitu kotor dan rakyat tidak boleh terima lagi. Umno sendiri sudah berpecah-belah. Segelintir lompat ke Bersatu, satu lagi pengikut setia Zahid Hamidi (Presiden Umno) dan kem satu lagi pengikut Najib Razak.

“Jika kita sertai mereka, sedikit sebanyak Pejuang akan terpalit dengan keburukan mereka,” katanya.

Beliau tidak menolak kerjasama dengan parti yang sependapat dengan Pejuang iaitu mahu berkhidmat untuk rakyat dan tidak terlibat dengan rasuah, sambil menegaskan elemen itu ternyata tidak terdapat dalam Bersatu dan Umno.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: