Parlimen dibuka semula pada fasa 3 pelan pemulihan – PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen boleh dibuka semula ketika Malaysia memasuki fasa ketiga pelan pemulihan Covid-19.

Dalam pengumuman langsung di TV sebentar tadi, Muhyiddin berkata Malaysia dijangka memasuki fasa ketiga pemulihan pada September atau Oktober.null

Peralihan ke fasa ketiga akan dibuat selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh.

“Saya ingin memberikan komitmen bahawa sidang parlimen boleh diadakan dalam fasa ini sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat,” katanya.

“Ini adalah pendirian saya dari awal bahawa sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, iaitu seletelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti kelompok.”

Sumber : Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: