Penguatkuasaan SOP di tempat kerja wajar dipertingkat

PUTRAJAYA – Kluster-kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster-kluster baharu di negara ini walaupun trend kes mingguan menunjukkan penurunan dalam tempoh dua minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, sebanyak 1,328 kluster tempat kerja dilaporkan dengan 147,040 kes dikesan positif iaitu kadar positiviti sebanyak 23.6 peratus, selepas saringan dijalankan ke atas 624,246 individu.

“Kebanyakan kes-kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada warga asing iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warga Malaysia iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus).

“Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyenaraikan lima kluster tempat kerja masih aktif dengan kadar jangkitan tinggi iaitu Kluster Jalan Tiga Salak Tinggi di Selangor bagi sub kategori pengilangan melibatkan pekerja sebuah kilang di Kawasan Perusahaan, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dengan 873 kes.

“Selain itu, Kluster Industri Senawang di Negeri Sembilan dan Melaka melibatkan pekerja sebuah kilang di Senawang Industrial Estate, Seremban dalam sub kategori pengilangan dengan 752 kes.

“Kluster Industri Batu Berendam pula di Melaka iaitu sub kategori pengilangan yang melibatkan pekerja sebuah kilang di Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam, Melaka Tengah dengan 641 kes,” katanya.

Ujarnya lagi, Kluster Jalan Padang Tembak di Kelantan dan Terengganu dalam sub kategori pengilangan yang melibatkan pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu iaitu 598 kes dikesan.

“Satu lagi kluster ialah Kluster Tok Has di Terengganu dalam sub kategori perkhidmatan yang melibatkan pekerja sebuah kedai makan di Jalan Sebarang Jertih, Kampung Tok Has, Jerteh dengan 541 kes positif Covid-19,” katanya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: