Tiada mesyuarat Menteri dengan Zahid, hanya perjumpaan biasa UMNO

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat penafian mesyuarat Menteri dari UMNO bersama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diadakan pada hari ini namun masih banyak kenderaan mewah, dipercayai milik pemimpin politik, berlegar di sekitar Menara Dato Onn.

Lebih menghairankan apabila petugas media tidak dibenarkan berada di lobi Menara Dato Onn sejak jam 3 petang tadi, seolah-olah ada sesuatu yang berlaku di ibu pejabat UMNO pada hari ini.

Sumber MalaysiaGazette memberitahu, walaupun tiada mesyuarat seperti mana yang dilaporkan portal Suara TV kira-kira jam 12 tengah hari tadi, namun beberapa pemimpin UMNO dimaklumkan berada di sini.

Antaranya Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber bagaimanapun memberitahu, kehadiran mereka hanya untuk satu pertemuan biasa dengan orang-orang parti termasuk menghantar laporan setiap bahagian.

Tinjauan MalaysiaGazette juga mendapati sebuah kenderaan rasmi milik setiausaha politik kepada Menteri turut berada di parkir lobi Menara Dato Onn, kira-kira jam 3.10 petang tadi.

Ahmad Zahid mungkin berada di ibu pejabat UMNO memandangkan kelihatan sebuah kenderaan berwarna hitam diiringi dua anggota polis pengiring yang menaiki motosikal berkuasa besar.

Terdahulu, Ismail Sabri menafikan satu mesyuarat luar biasa diadakan di antara Menteri dari UMNO dengan Ahmad Zahid pada hari ini.

Perkara itu turut diakui Setiausaha Kerja UMNO, Mohd Sumali Reduan yang menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya beliau hanya menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: