Azmin yakin pelan pemulihan dapat tangani Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan yakin Pelan Pemulihan Ekonomi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam dapat menangani kes penularan Covid-19, kata Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau percaya pelan yang mempunyai empat fasa yang bersandarkan tiga indikator ambang utama itu akan dapat memulihkan ekonomi negara.

“Kita telah ada Pelan Pemulihan Ekonomi yang dibentangkan Perdana Menteri semalam dan saya lihat sambutan cukup baik dalam kalangan rakyat kerana melihat kita ada strategi yang cukup tetib dan teratur unuk beberapa fasa yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menemani Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan ke Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19 di Ampang, hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan kerajaan gagal mengawal Covid-19 di Malaysia.

Presiden PKR itu berkata, ia disebabkan banyak kenyataan yang bercanggah setiap hari yang dibuat oleh ‘panglima besar’ kerajaan.

Dalam sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca Covid-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara kelmarin, Anwar mendakwa kerajaan tidak boleh lagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Malah Anwar turut berkata, kerajaan harus mencari jalan bagi memastikan rakyat dapat dibela dengan memberikan suntikan kewangan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yakin usaha kerajaan dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi lebih berkesan dan menjadikan keadaan semakin terkawal.

“Saya percaya dengan usaha ini bukan sahaja kita dapat tangani masalah Covid-19 dengan lebih efektif tetapi ianya dapat kembali kepada keadaan yang lebih terkawal dan selamat dalam negara.

“Jadi saya yakin usaha ini akan menghasilkan kejayaan untuk negara dan juga untuk keselamatan rakyat keseluruhannya,” katanya lagi.

-Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: