Koordinasi sukarelawan pergiat gerakan Vaksinasi Kebangsaan

Sasaran 80 peratus ‘herd immunity’ berupaya dicapai penghujung tahun ini melalui gerakan dan usahasama NGO dan sukarelawan terus dipergiatkan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam temubual khas ‘Bicara Politikonomi’ di RTM 1 malam tadi.

Ini penampilan adalah kali kedua Zuraida dalam rancangan sama yang dihoskan oleh Syed Munawar.

“Saya menekankan berkenaan usaha berterusan yang digerakkan oleh NGO seperti Koordinasi Sukarelawan Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dalam melicinkan Program Vaksinasi Kebangsaan.

“Sekarang sistem (vaksinasi) ini sudah mulai stabil. Semua jentera kementerian telah dikerah oleh PM untuk bantu menggerakkan proses vaksinasi.” kata Zuraida.

Menurut Zuraida, inisiatif melalui usaha NGO dan sukarelawan ini diwujudkan sebagai sokongan kepada eko-sistem Vaksinasi Kebangsaan. Semasa peringkat awal dilaksanakan, tidak ada penyelarasan sehingga berlaku situasi masyarakat tidak respon kepada MySejahtera dan ada yang tidak hadir temujanji vaksin dos pertama dan kedua.

Jelas beliau lagi usaha dan strategi yang digunakan oleh NGO ini adalah sebagai egen penghubung kerajaan dan masyarakat untuk memastikan kesedaran rakyat terhadap kebaikan vaksin COVID-19 serta memastikan penama yang telah mendapat tarikh temujanji suntikan vaksin hadir ke PPV.

Gerakan besar-besaran mobilasi vaksinasi yang dirintis dan bermula di Ampang ini telah dibantu oleh unit-unit yang diwujudkan iaitu Unit Panggilan Telefon, Unit Mobilisasi Penerima Suntikan Vaksin serta Unit Jangkauan Komuniti.

Tambah beliau lagi, usahasama dengan Ummah Mobile Clinic bagi membantu pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk klinik bergerak atas tujuan vaksinasi ke peringkat akar umbi sekiranya pihak KKM telah bersedia untuk tujuan berkaitan.

Inisiatif ini yang telah dimulakan di Ampang sejak awal bulan ini juga akan diperluaskan di Selangor dan seterusnya ke seluruh negara. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: